Thursday 5 July 2012

Tarikh Bulan Nisfu Syaaban 2012

Tarikh Nisfu Syaaban 2012 Dan Malam Nisfu Syaaban. Khamis ini Pada 5/7/2012 bersamaan dengan 15 Syaaban 1433H merupakan  Pertengahan Syaaban atau lebih dikenali dengan nama Nisfu Sya’aban. Bulan Syaaban merupakan bulan kelapan dalam taqwim Islam. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
Tarikh Bulan Nisfu Syaaban 2012
Nisfu Syaaban mempunyai kelebihan tersendiri. Dalam hadis sahih, Muaz bin Jabal melaporkan Rasulullah berkata, “Allah menjenguk datang kepada semua makhluknya pada malam Nisfu Syaaban, diampunkan dosa sekalian makhluknya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban  iaitu Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.


Amalan Dan Doa Malam Nisfu Syaaban 2012. Maghrib 4 Julai 2012 akan tibalah 15 Syaaban 1433H iaitu malam nisfu Syaaban. Ini menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
  • Bertaubat


No comments:

Post a Comment