Monday 23 July 2012

SENYUM SUMBING

Tajuk x hengat...kikiki....sajok jer nak sedapkan hati,lagi plak tadi dapat 'GOOD NEWS,' Alahai manusia kan,xder yang perfect...yang dah diwar-warkan mao juga diubahnyer...tepuk dada tanya selera la alamatnyer sayer petang nih..xper-xper kita fikirkan kemudian

Eh..eh... korank pagi tadi ade tertengok tak kat Tibi 3,si Zihan yang bergandingan dengan si elly epit tu ader nyebut pasar ramadhan tu singkatan bagi sesetengah orang "param",aiiissshhh...sayer bukan nak terikut-ikut pun, cuma,  ikut pun untuk memudahkan sebutan ke pasar ramadhan..."mari kekawan kita p PARAM...Ha..ha..ha..(aiish..mcm burok benor plak sayer cakap mcm tu) .PARAM pun PARAMlah..jangan "KARAM" SINGH WALIA dek napsu nak membeli makanan kat bazar tu sudah..Sekali lagi sayer tersenyum sumbing..pepon layanlah situasi dialog kat bawah ni...terima kasehlah kerana sudi menyinggah,even entrinyer x beberapa nak power kuasa tiga :)






KEBURUKAN MENAHAN KENCING TERLALU LAMA

Pernah x korank tahan air kencing untuk jangka masa yang lama,especially kalo korank p jejalan untuk distance yang agak jauh,x kan x?mesti ader kan?thehehehe...banyak natijahnyer tao,jom kita baca entri kat bawah nih..


SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.




Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.


Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.
Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

Alkisahnyer.....

Aiihhh...monday mornink kan?feel a bit lazy mazy semua ader...mari kita baca citer kat bawah ni untuk menceriakan pagi anda :),pepon kisah ni xder kene mengene dgn en.somi sayer...cuma landing-landing kat belog someone so macam menarik,tertarik,mari kita kongsi citer ni bersama..Alkisahnyer.....

Suami kedekut..

Sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun masin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. 'Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?' anya sisuami 'Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan' jawab pilot tu. 'Uuiishh..mahalnya, tak jadi la saya nak naik' jawab si suami lalu menarik tangan Isterinya berlalu dari situ. 'Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun
sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat cam tu' rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran. 'Jgn nak ngada2, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli' Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Buka! nnya tak mampu,dlm bank melambak lagi duit dia.

Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekalilagi memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80... Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi. Tahun ketiga, mereka
Pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu. 'Baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita
naiklah'kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dr situ. Si pilot td yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula. 'Encik, berapa yang encik sanggup bayar?' 'Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer' jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi 'Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat'
Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer 'tapi apa syaratnya' 'semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh Mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakanbayaran> RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik' jawab pilot td sambil tersenyum. 'Baiklah saya setuju' jawab si suami dengan yakin bolehnya.

Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, Cuma si suami yang turun dari pesawat
tu. 'Ehh? mana isteri encik?'tanya pilot tu terkejut. 'Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi' 'Hahh apasal tak cakap' 'Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak'  jwb si suami Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...

Moralnyer..: Carilah suami yang mengasihi isterinya..

PENYABAR ITU COOL KER?


Kenapa dalam hidup, kita perlu tahu untuk bersabar? Apa yang kita akan dapat kalau kita sabar sabar dan terus bersabar? Saya salah seorang yang pernah suatu ketika dulu, mempersoalkan tentang perkara ini. Saya tahu dan saya mengaku, saya masih bertatih macam bayi yang kecil tentang agama.
Saya tahu siapa diri saya.
Dulu, bila sesuatu perkara buruk terjadi pada saya. Jiwa saya cepat memberontak. Rasa seakan tidak puas hati dengan dunia. Ada masa, waktu khilaf saya tiba. Saya menyalahkan takdir dan sang Pencipta. Hanya lepas puas memaki saja, baru saya rasa berdosa.
Ya, itu saya yang dulu. Saya bukan hamba yang baik. Jangan contohi saya.
Pengalaman banyak mengajar saya tentang hidup. Kisah-kisah lama yang tidak seberapa saya simpan dan ada masa saya kenang untuk bersihkan semula jiwa kecil yang kotor. Kalau diingatkan semula, pasti saya rasa kerdil sangat di sisi Tuhan.  Saya bukanlah buat benda yang giler x elok...
Jangan fikir sampai ke situ. Saya tidak terfikir untuk buat itu. Mahu mewarnakan rambut pun saya tidak terfikir, inikan pula mahu ke situ. (tapi yang ini sebab saya tak mahu rosakkan rambut bukan sebab saya warak!)
Kamu tahu, kalau betul pun kamu solat cukup 5 waktu dan solat taubat siang malam sekalipun. Tapi, hakikatnya kamu tak tahu apa yang kamu buat dan untuk apa kamu lakukan itu. Jangan bising-bising nak suruh orang lain solat macam kamu. Soal solat itu antara hamba dengan Pemiliknya.
Jangan melebih bila berdakwah. Saya lebih suka orang yang sederhana. Jangan samakan orang lain dengan diri kita. Mereka adalah mereka dan kita adalah kita. Lain. Kalau solat cukup, tapi soal agama yang lain kamu failed. Maksudnya iman kamu belum sekuat mana.Lagi satu harus x malu bertanya..kalo malu bertanya sesat jalan(wahahaha,teringat someone) :)

Ada orang, dia solat cukup semuanya. Tapi, bila ada Tuhan beri dugaan sikit. Hidup dia kacau bilau. Tak habis-habis nak salahkan takdir. Saya tak tahu apa yang dia dapat masa dia bersujud dalam solat tuh. Setahu saya, bila kita bersolat kita serahkan diri kita sepenuhnya pada Tuhan.
Sepatutnya, lebih kuat kita solat. Logiknya, makin kuatlah juga iman kita. Makin tinggilah sifat sabar dalam diri kita ;(
Biarlah. Malas saya nak cakap pasal orang lain. Cerita hal sendiri lebih selamat. Kurang dosa sikit (Inipun dah banyak dosa ni)
Lately, saya rasa macam cool sangat-sangat. Saya rasa tenang. Saya macam orang baru dalam hidup saya. Saya macam sudah tahu menerima apa saja yang terjadi dalah hidup saya hari demi hari.  Mula-mula saya confused. Saya sempat bertanya pada diri sendiri.
“Eh, kenapa aku macam tak ada perasaan nak marah ni?”
Agak lama saya bermonolog sendiri. Akhirnya, saya tahu. Al-Quran itu penyembuhnya. Yes, lama sangat sangat sangat sangat saya tak menyelak. Minta maaf, saya tahu ini statement bodoh yang akan buka pekung sendiri. Its ok, mahu mengumpat. Silakan. Saya izinkan. Dosanya zero.
Kita ni, kalau tak diberi masalah memang selalu alpa. Sekarang, saya tahu kenapa Tuhan beri saya bala tempoh hari. Itu namanya teguran. kuikuikui. Im glad, Al-Quran tu dah buat saya rasa tenang. Saya dah jadi manusia yang agak penyabar. Kalau sebelum ni, jangan main-main. ahaks!
Orang kutuk belakang, dan saya dapat tahu. Memang siap saya kutuk balik. Orang herdik saya, saya herdik balik sampai orang tu kalah. Bila duit saya hilang, saya mengamuk. Now, tak dah (bukan 100%, tapi ada bezanya lah). Saya senyum aja orang nak buat apa kat saya. Suka hati kau lah labu.
Seronok rupanya jadi sabar ye. wahahaha.
Tak sia-sia my mom beri nasihat setiap hari. Maaf, entry ni bukan mahu menunjuk. Saya cuma pacar yang hina. huwaa!!! Kalau sudi baca, bacalah dengan positif. Yang baik, ambil. Yang poyo macam berlagak (sebenarnya tidak pun), abaikan. thanks.
p/s: My mom kata, kalau malas kemas rumah tak apa. Jangan malas baca Al- Quran. Nanti buta hati. Hati saya dah lama buta dulu :(

 p'/s:copy dari blogger lizarazak.com.tq for sharing...

Friday 20 July 2012

MINAT KAMU,MINAT SAYA JUGA

wali band @kuali band
Hampir tersedak plak sayer bila melihat student india ni pasang lagu "kuali band" eh bukan-bukan, wali bandlah..x pasal2 kene saman sebab silap bagi nama kumpulan gah indon nih..legend betol...awek india nih sejak bila plak minat kat group wali band nih...theheheh...hati sayer nak tergelak pun ader tgk dia lagi galak pasang lagu tu.."ibu-ibu ...bapak--bapak...!!!laalala...sayer dok perhati jer dorank nih dari tadi..kang dok sound nanti..x cantek plak borang survey... ..."xper kasi chan la sama dorank",...tetiber jer slank apek kuor...Ekoran mata sayer tu mampu membuat budak-budak nih paham...psiko jer x perlu kata apa-apa :),terus xder dah dengor bunyik bapak-bapak tuh...thehehehe...

Semenjak dua menjak nih bukan kiter jer yang suka dengar lagu indon nih,even india,cina,bumiputra pun suko dengar lagu melayu.dah macam virus berjangkit.Dulu ada la satu budak perempuan cina opis lama pun suker benor pasang lagu mek ti...termasuk sayer la tu...peminat tegar bergegar..."koleksi pun manyak tao sayer simpan"katanyer kepada sayer..."owh ye ker?sama la kita,cuma sayer xder koleksi :)",jawab sayer ringkas dan padat...tapi hari ini jumaat,so saya cuma dengarkan lagu yang penuh pengisian untuk halwa telinga sayer..salam jumaat semua & selamat berpuasa besok yer...:)

Thursday 19 July 2012

RESTORAN ADAM LAI

Ebby Yus usaha keras demi 'Adam Lai Restoran'

Korank pernah dengar tak restoren Adam Lai?..Laaiii...laii...lai..aiihhh...korank ni..jangan la kater xder.sumpah jadi obes nanti baru taoo...ade kan?ala yang kat seksyen 15 tu.member cakap makan kat situ sedap dan berpatutan,separuh harga dari thai punyer restoren kat seksyen 13 tu...aiiyaakkk...mahu sayer kepochi ckit nih kat en.somi...theheheh..memula citer dulu bab makan,howliaow semua tu..pahtu...terus bagi puji-pujianlah kat kedai tu...eh tips nih...harap-harap menjadik heee...maikong la duit somi sayer tu...

.Sebut sahaja nama Ebby Yus, pasti ramai terbayang wajah pelawak ini yang sering menggunakan loghat negeri kelahirannya, Negeri Sembilan. Mula melangkah dalam bidang seni sejak 1983, pemilik nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, masih aktif dalam bidang lakonan sehingga kini.

Mengakui masih menerima pelbagai tawaran lakonan, kini aktiviti seninya terpaksa dikurangkan untuk memberi komitmen dalam bidang perniagaan makanan yang baru dikendalikannya. Tidak pernah berhasrat untuk berundur dari bidang seni yang diceburi sejak tiga dekad lalu, perniagaan ini adalah percaturan Ebby untuk melebarkan kerjayanya dalam bidang yang lebih memberi jaminan.

Mempertaruhkan, Adam Lai Restoran, yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam, Ebby mendapat kerjasama daripada tiga rakan kongsinya, Muhammad Adam Lai Abdullah, Faizal Abdul Jabar dan Mohd Helmy Harun.

Berkonsepkan masakan Cina Muslim, Adam Lai Restoran, yang baru sahaja diperkenalkan sejak 11 Mac lalu, mendapat sambutan yang menggalakkan. Bukan sahaja pelanggan beragama Islam, restoran ini turut menarik perhatian bangsa lain seperti India dan Cina bagi menikmati hidangan kegemaran mereka.

“Alhamdulillah, untuk tiga bulan pertama, sambutan sangat memberangsangkan. Kami cuba menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pengunjung. Lebih 100 jenis menu ditawarkan kepada penggemar masakan Cina Muslim yang mengalami kesukaran mendapatkan hidangan halal.

“Antara menu istimewa yang disediakan ialah Adam Lai Chicken, Golden Pumpkin Taufu, Steam Suen Star Spot with Essense of Chicken, Ling Sim Steam Chicken, Butter Prawn, Sichuan Cold Spicy Chicken, Loo Up Duck dan Coconut Prawn,” jelas Ebby yang pernah memiliki restoran di Kampung Baru.

Restoran ini juga menawarkan pelbagai jenis ikan, termasuk siakap, kerapu dan bawal emas yang dihidangkan dalam bentuk stim halia, stim cili padi taucu, kari nyonya serta cheong pao.
Selain itu, terdapat juga daging lembu dan rusa yang dihasilkan dengan tujuh jenis masakan, seperti wok chai, kong pao, black pepper, kam heong serta clay pot.

Restoran yang mampu memuatkan hampir 300 pelanggan dalam satu masa ini beroperasi pada jam 11 pagi sehingga 11 malam. Selain itu, terdapat juga dua bilik VIP berasingan yang memuatkan 20 tetamu. Restoran ini juga menawarkan harga yang berpatutan dan lebih rendah berbanding restoran Cina Muslim yang lain.


Pemilihan nama restoran

Walaupun restoran ini melibatkan empat rakan kongsi, namun mereka sepakat menggunakan nama salah seorang daripada mereka yang juga chef, Muhammad Adam Lai Abdullah. Menurut Ebby, nama Adam Lai dilihat lebih sinonim dengan Cina Muslim, bersesuaian dengan konsep restoran.

“Adam telah memeluk Islam sejak tahun 2007 dan pernah bekerja di beberapa restoran Cina Muslim termasuk Mohd Chan. Adam memiliki 20 tahun pengalaman memasak. Dia mempunyai ramai rakan yang berbangsa Cina di Singapura. Jadi, jika terdapat menu terbaru, Adam akan cuba mempraktikkan menggunakan caranya sendiri," katanya.

Jelas Ebby, untuk memastikan kualiti makanan, restorannya mempunyai pembekal bahan mentah sendiri. Bekalan bahan mentah seperti makanan laut akan diambil dua hari sekali, manakala sayur pula, setiap hari.


Cawangan baru bakal dibuka

Walaupun baru sahaja beroperasi, namun Ebby mempunyai perancangan tersendiri untuk mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi. Malah dia berimpian untuk mengembangkan perniagaan itu dalam bentuk francais.

“Kami memang ingin ke arah itu kerana berdasarkan sambutan daripada pengunjung, kami yakin, jenama Adam Lai boleh pergi jauh lagi. Namun, ianya hanya perancangan awal memandangkan restoran ini masih baru lagi. Keuntungan juga tidak dapat dianggarkan buat masa sekarang.

“Tapi, setiap bulan, ia menunjukkan pertambahan dan peningkatan yang baik,” katanya yang turut merancang memperkenalkan Adam Lai Express.

Menurut salah seorang rakan kongsinya, Mohd Helmy Harun, 40, kini mereka dalam usaha untuk membuka cawangan baru di lokasi berdekatan.

“Lokasi pilihan ialah di Subang atau Ara Damansara. Kami akan berbincang untuk mendapatkan lokasi yang sesuai untuk memperkenalkan cawangan baru ini," jelasnya.


Melawak, tuntutan watak

Bercerita mengenai penglibatan awalnya dalam industri seni, Ebby mengakui dirinya bermula dengan posisi pelakon biasa sahaja. Setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ebby mula berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib sebagai pelakon. Menurut anak jati Padang Lebar ini, karier seninya bermula pada tahun 1983 setelah berjaya menyertai uji bakat.

“Saya ditawarkan untuk berlakon cerita purba seperti Bujang Permai, Keris Hitam Bersepuh Emas dan Pendekar Kundur. Ketika itu, saya tidak tahu bakat saya dalam bidang komedi, sehinggalah saya ditawarkan untuk berlakon dalam drama komedi pertama, Ala Mak Kahwinkan Aku, arahan Aziz M Osman.

“Sehingga itu, ramai yang mula menawarkan watak komedi kepada saya. Pada tahun 2000, saya mula serius untuk memegang watak komedi,” katanya yang pernah berlakon dalam drama Gado-Gado. Melihat daripada riak wajahnya, pada penulis, Ebby adalah seorang yang serius.

Mengulas mengenai perkara itu, Ebby mengakui dirinya bukanlah pelawak, tetapi pelakon yang memenuhi tuntutan watak yang diberi.

“Dalam kehidupan sebenar saya, saya bukanlah suka melawak. Tapi, apabila berlakon, saya perlu kelihatan seperti pelawak mengikut watak yang diberikan. Bagi saya, penghayatan dalam komedi patut dititikberatkan kerana kerjaya sebagai pelawak memang sukar. Untuk buat orang marah, memang senang, namun untuk buat orang ketawa, memang payah,” katanya yang bakal menjalani penggambaran drama bersiri, Masak Lemak Cili Api dan Karut Komedia.

Selain itu, Ebby juga terlibat dalam pembabitan sitkom seperti Edisi Khas, Mai Cik Mai dan Bujang Lapok vs Koboi Kobau.

DUIT BARU








cantiklah duit baru mesia ni kan?tuh yang warna kuning tu...awesome!...xder lagi dalam sejarah negara kite,duit kertas warna kuning..yang len tu common la..merah.hijo,biru tu...Agak-agak korank da kuar ke duit ni?kalo ada kat korank bak mai bagi kat sayer,nah ko amik duit lama nih p main jauh-jauh.....theheheh.....

Wednesday 18 July 2012

~Wahai Hati..usahlah kamu bersedih~





perlukan hati yang baru...kuat,cekal & tabah

Wahai hati,mengapakah cepat benar kamu itu berkecil hati?,tetibe teringat satu member opis suka cakap "kechik hati",Thehehehe..hari ini hati sangat berkecil hati,bukan kepada kawan-kawan,tapi adalah.......diluar kawasan liputan.
Tidak semua benda kita fikir mudah...petik jari jer semua dah ada kat depan mata.(mcm citer  magis sabrina..aper sajer permintaan kita dengan mudah sajer dia nak bagi....Kita merasa marah,kechik hati,sensitif...semua aura negatif masuk apabila permintaan kita tidak tertunai....kan?jangan x mengaku wahai hati....Orang mudah menghukum.cakap pun ikut sedap mulut jer,hati kita tidak dijaga...pasrah sajalah wahai hati...nilai kesensitifan dipandang rendah..
Namun hati ini cukup bersabar,menerima kata-kata perlian manusia itu....kamu itu cukup sempurnakah?kalo pun rakyat kamu ramai tapi satu pun x berhasil buat ape kan?sungguh..hati x berniat nak mengutuk,dengan hati ni juge minta pertolongan kan?hati x nak mengungkit,,hati ini cuba berbicara dalam hati,tentu xlah kan?setiap anugerah yang diberi olehNYA kita kene bersyukur..lambat dan cepat doa kita,akan termakbul juga insyallah.. wahai hati bersabar sahaja itu paling penting,hati sangat kuat sebab itu didatangkan pelbagai ujian.Allah itu menyanyangi hati...Wahai hati,pasangan hati sudah memberikan nasihat,"abaikan sahaja,kata-kata tu,mungkin hanya mao bergurau",untuk sedapkan hati, tp hati tidak mao menerima...sms lelaju kat makhluk tuhan yang menyakitkan hati"bab-bab nih jgn sesuka nak ckp dgn hati yer,hati x suker,cakap biar berlapik ckit,sorry kalo terasa.."Sebelum ni hati x pernah macam ni,dari mana dapat kekuatan pun tak tao...mungkin acapkali kene pijak,dah sampai masanyer untuk hati bertindak...pernah x dengar pepatah ni"yang tua dihormati,yang muda disayangi".Hati cube buat yang mcm tu lah...tapi yang len buat ker?hopefully sesama kita yer memulihkan balik hati kiter supaya tidak hitam..bukan disebabkan asap rokok..atau.kandungan nikotin..

p/s:Ada kene mengene dengan yang hidup mao pun yang mati...

basa,ngroti duoh faham...oni maksud kuk tih...

Hanis Zalikha Takut Privasi Keluarga Terganggu?

Hanis Zalikha
 Seorang lagi blogger terkenal menceburkan diri dalam bidang lakonan,sape lagi kalo x bukan hamis jalikha ..eh..eh..bukan...cik Hanis Zalikha, pepon kita bacaselanjutnya entri yang kat bawah ni yerk...
Mungkin kalau nama Hanis Zalikha disebut di kalangan kita, ramai pastinya sudah kenal dengan gadis muda itu.
Mana tidaknya, Hanis merupakah ‘blogger’ yang terkenal dengan penulisannya yang santai dan bersahaja.
Malah, namanya pernah diletakkan antara dalam senarai 10 nama carian tertinggi di Google.
Berbakat dalam bidang ‘modelling’ dan mempunyai prestasi yang baik dalam akademi, Hanis sekarang ini dilihat banyak memperlihatkan bakatnya dalam dunia lakonan pula.
Beberapa minggu lalu, Hanis telah menjadi popular menerusi slot drama Memberku Hawa.
Dan kerana popularitinya itu, nama Hanis kian meningkat di kalangan penerbit-penerbit drama dan filem yang yakin dengan kebolehannya untuk menjadi pelakon.
Kalau dah nama pun menjadi orang yang terkenal, tentunya ahli keluarga juga terkena tempias populariti juga.
Sekarang ini, Hanis mengakui berasa takut untuk menjadi popular kerana risaukan privasi keluarganya terganggu.
“Saya takut untuk menjadi terkenal.
“Saya tak risau diri sendiri sebab saya tahu jaga diri. Kalau saya buat silap, saya tanggung sendiri. Tapi saya risau privasi keluarga saya terganggu sebab mereka tak minta untuk jadi perhatian,” kata Hanis yang dipetik dari laman Gua.com.
Mengenai perkembangan dirinya ketika ini, Hanis bakal menjadi pelakon utama dalam dalam Gangster Celop.
Diangkat menjadi pelakon tambahan dalam filem Momok the Movie sebelum ini, Hanis akan mencuba sepenuh usahanya untuk menjayakan lakonannya dalam filem pertamanya itu.

Tuesday 17 July 2012

Masterchef selebriti Malaysia

Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012 milik Dato’ Fazley Yaakob.

 Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012 yang pertama diantara Angah Raja Lawak dan Dato’ Fazley Yaakob.

Angah Raja Lawak telah mengunakan dapur Asia  menyediakan hidangan yang dikenali “Cyber” dan mana kala Dato’ Fazley Yaakob yang menggunakan dapur barat telah menyediakan hindangan yang dikenali “Dari Paris Ke London.. Kekasihku”.Nampak shedap-shedap belaka...aiihhh...dah terliuq dah ni...nyaman bah...

 Hidangan yangy disediakan oleh Angah Raja Lawak.

Cyber Appetizer
Nasi Cyber
Puding Cyber

 Hidangan yang disediakan oleh Dato’ Fazley Yaakob.

Fall in love in Paris
From Paris to London Ma Che're
French poem by the lake
Juara MasterChef Selebriti Malaysia pertama adalah Dato’ Fazley Yaakob berjaya mengumpul derma untuk Yayasan Jantung Malaysia sebanyak RM57,000.
Dato’ Fazley Yaakob Juara MasterChef Selebriti Pertama

My Great Grandmother


Salam,aiiih...terlepas plak segmen lyssa "menjerit di shoutbox?aiih...ada ker macam tu?adalah cuma sayer jer yang x sempat nak join..pepun tahniah! kepada 10 blogger yang terawal menyout! kat belog lyssa tuh...ermm okay..eh..sebenarnyer bukan nak citer pasal shout-shout ni sangat pun...cuma terlanding jer tadi nih kat belog lyssa mencarik tutor...(mode x abes bertutor)

Minggu lepas ari ahad my great-great..& my beloved grandmother has passed away...around 8 something early in the mornink time..sayer yang tengah mamai-mamai lg..menjawab tepon yang x henti-henti berdering.."mi...uhuhuuuu...sumuk kuyut mok doik(nenek dah xder)"..uhuhuhuuu....hah!??.."adik cakap ape nih,biar betul?sayer hanya membisu dan termangu-mangu...selepas abes bercakap jer,tangan sayer cepat mendail no tepon abg yang duk kt srimuda untuk mengkhabarkan berita sedih itu...tepon dijawab...hanya sepatah kata terucap dan abg sayer pun menangis teresak-esak..sayer hanya mengalirkan air mata...sayer cekalkan hati..,tepon dimatikan dan cuba plak mendail no tepon akak yang duk nun d kelantan sinun..."lin,nenek dah.....m....,nada akak pun sama mcm memula adik sayer tepon mengkhabarkan berita sedih itu kepada sayer,"iyo ko mi?sakit gapo org tua tu?dah mace sie plak akak sayer nih kecek kelate hehehe... ...tidak seperti adik bongsu sayer yang dulu,terlalu cepat sayer menumpahkan air mata.. lahir-lahir jer meninggal dunia akibat jantung berlubang..kalo lah dia hidup lagi rasa sayer umur dia pun dah mencecah 24 tahun...tapi allah lebih menyayangi dia.

kali ni nenek pun pergi akibat sakit tua...nenek yang sangat sporting...tiada lagi yang nak dipanggil nenek selepas ini...abg & kakak ipar terus bergegas ke airport KLIA,ada tempat kosong on call yang dibooking oleh anaknyer memudahkan keluarga abg sayer balik kerana anak dia bekerja sebagai pramugari kat air asia..macam sayer nih xder la.. kene booking online.tetapi disebabkan ada kesulitan..ermmm..dan sayer hanya wakilkan abg sayer untuk blk....hopefully xder yang terasa...disebabkan sayer x balik...harap sesangat....(mode kesal x dapat balik)pepon titik tolaknyer,setiap apa yang kita sayangi tidak sentiasa berkekalan bersama dengan kita,pergi & takkan kembali...

miss u sumuk kuyut...:(


Monday 16 July 2012

Gambar Mesej Romantik Antara Lisa Surihani Dan Yusry KRU




Xkan x?Ini adalah mesej romantik antara Lisa Surihani dan Yusry KRU. Setelah beberapa bulan berkahwin, nampaknya kebahagian mereka masih lagi terpancar melalui gaya sistem pesanan ringkas (SMS) antara Lisa Dan Yusry. Jom baca mesej mereka dan nampak sangat sweet.

FAKTA-FAKTA YANG HARUS DIKETAHUI OLEH KITA









Kali ini sayer nak buat entry tentang beberapa fakta yang mungkin kita tak sedari ataupun tak pernah terlintas di hati untuk nak ambil tahu. 


Fakta-fakta ini sayer dapat dari satu rujukan melalui kiriman email seorang sahabat dan sayer rasa tak salah jikalau aku nak berkongsikan ia serba sedikit di blog ini kerana ilmu haruslah disebarkan, betul tak? 


Asalnya artikel ini ditulis di dalam English dan untuk memudahkan pembacaan sayer dah terjemahkan ke dalam bahasa Melayu.


Selamat membaca.






1- Yang ni mungkin ramai yang tahu kan?. Perkataan POP MUSIC berasal dari singkatan Popular Music; mudah saja kan?




2- Perkataan BUS dalam English berasal dari singkatan OMNIBUS yang bermaksud ‘everybody’ atau semua orang.Patutlah semua orang boleh naik....


3- Perkataan NEWS diambil dari singkatan Northen, East, West & South (Utara,Timur,Barat & Selatan).


4- TIPS berasal dari singkatan ‘To Insure Prompt Service’ atau bermaksud ‘Untuk dapatkan Perkhidmatan yang Cepat’. Dahulunya orang putih akan memasukkan syiling ke dalam sebuah bekas yang di letakkan di kaunter untuk mendapatkan perkhidmatan yang cepat daripada budak-budak bellboy di hotel. Dari situlah bermulanya perkataan TIPS!


5- JEEP adalah sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang lasak digunakan oleh tentera Amerika semasa Perang Dunia ke-2. Perkataan JEEP berasal dari “General Purpose Vehicle(GPV)”. Ringkasan yang dipanggil oleh tentera Amerika ketika itu ialah GP dan lama-kelamaan ia bertukar menjadi JEEP.


6- Minuman Coca-Cola yang kita minum bukanlah berwarna hitam seperti sekarang. Semasa di awal kewujudannya di Amerika warna asalnya ialah hijau! ( Macam air tebu)


7- Nama yang paling banyak sekali digunakan di dunia ini ialah Mohammed (Muhammad)....

8- Nama benua yang bermula dan berakhir dengan huruf yang sama ialah Asia , Amerika dan Australia.


9- Otot yang terkuat sekali di tubuh badan kita ialah LIDAH.


10- Dalam English, perkataan TYPEWRITER ialah satu-satunya perkataan yang boleh ditaip dari satu barisan diatas keyboard anda.( Sila perhati tengok?).


11- Wanita mengerdip mata hampir dua kali kerapnya dari lelaki.


12- Kita tidak akan boleh membunuh diri kita sendiri dengan hanya menahan nafas secara semulajadi.

13- Hampir mustahil untuk kita menjilat hujung siku sendiri. Tak percaya cubalah!


14- Memakai headphones di telinga selama satu jam akan menambahkan jumlah bakteria di dalam telinga sebanyak 700 kali.


15- Secara semulajadinya KHINZIR tidak boleh mendongakkan kepalanya ke atas.


16- Setiap Raja (KING) di dalam deck daun terup merujuk kepada raja-raja yang terhebat di dalam sejarah dunia iaitu:  


17- Apakah persamaan diantara Jaket Kalis Peluru, Pintu Keluar Ketika Kebakaran, Wiper   kereta dan Printer Laser?

            Jawapannya: Ia dicipta oleh Wanita.


18- Buaya secara fizikalnya tidak boleh menjelirkan lidahnya...


19- Siput boleh tidur sehingga 3 tahun!!!


20- Semua beruang Polar bertangan kidal (Lefthanded) 


21- Rama-rama merasa melalui kaki-kakinya...


22- Percaya atau tidak , Gajah adalah satu-satunya haiwan mamalia yang tidak boleh melompat di atas bumi ini!!

23- STEWARDESSES ialah perkataan yang paling panjang boleh ditaip diatas permukaan keyboard sebelah kiri.


24- Jantung manusia mampu mengepam darah dan memancutkannya sehingga jarak 30 kaki.


25- TIKUS adalah rhodensia yang cepat membiak dimana kajian menunjukkan dua ekor tikus mampu membiak sehingga berjuta-juta keturunan dalam masa 18 bulan.


26- Semasa bersin , jantung kita akan terhenti untuk beberapa milisaat.


27- Jika anda bersin terlalu kuat, anda boleh mematahkan rusuk anda sendiri. Dan jika anda menahan diri dari bersin, ia akan meyebabkan salur darah ke leher dan kepala anda tersumbat yang mana boleh menyebabkan kematian.


Wallahu'alam...