Terasa letih dan lesu di awal hari?Terlalu banyak berfikir tatkala pagi menjelma?Rasa malas mula menguasai diri?Usah mulakan hari kamu dengan pemikiran dan perasaan kurang produktif sebegitu.Remaja ilhamkan beberapa perkara yang boleh uuntuk terus bersemangat sepanjang hari.
Berfikiran positif
Tahukah kamu bahawa pemikiran di awal pagi menjadi penentu tahap kerja yang akan ditunjukkan sepanjang hari tersebut?Bayangkan sekiranya sejak awal pagi lagi kamu sudah memikirkan masalah kerja,kewangan, keluarga atau sebagainya. Adakah kamu beranggapan untuk menampilkan hasil kerja yang terbaik?Terlintaskah di fikiran untuk menunjukkan hasil kerja paling mantap? Biasakan diri berfi kiran positif.Tetapkan bahawa hari ini lebih baik daripada semalam.Nescaya kamu mampu untuk mengatasi semua masalah yang bakal dihadapi.
Merancang
Adalah lebih baik sekiranya pengamalan merancang perkara yang ingin dilakukan pada hari tersebut dibuat dari awal.Bertindak selaku panduan, perancangan membuatkan kehidupan lebih tersusun dan sistematik. Ketahuilah kepentingan merancang kerana setiap individu mempunyai tujuan dan matlamat yang tersendiri.Manakala matlamat tanpa perancangan pula tidak memberi sebarang makna.Maka, rancanglah aktiviti harian dan kemudian tetapkanlah perancangan kehidupan lantas menggariskan matlamat yang diingini.
Motivasi
Rakyat Malaysia khususnya telah membiasakan diri membaca surat khabar di pagi hari.Perbuatan ini seeloknya dielakkan.Ini adalah kerana perbuatan membaca surat khabar seperti ini akan menyebabkan otak dibebani permasalahan yang diceritakan. Secara tidak langsung,berkemungkinan mempengaruhi komitmen terhadap kerja yang bakal dilakukan.Kamu dinasihatkan membaca buku-buku yang berbentuk motivasi di awal pagi untuk membantu mencergaskan otak agar komitmen yang diperuntukkan terhadap kerja kamu lakukan lebih tetap dan padu.
Udara segar
Terapi terbaik untuk otak! Pastikan kamu mencuri sekurang-kurangnya lima hingga sepuluh minit untuk menghirup udara segar pada awal hari. Ambillah bila-bila masa yang boleh.Tidak semestinya ketika berjalan atau berjoging, mungkin cara terbaik untuk menikmati udara segar ialah ketika menunggu enjin kenderaan dipanaskan?Nikmatilah udara segar di sekeliling kerana ini cara terbaik untuk mendamaikan fikiran.
Sarapan
Tidak dinafi kan bahawa sarapan merupakan permulaan terpenting yang harus dilakukan pada awal pagi.Namun penting memilih jenis sarapan yang perlu dimakan bagi mendapatkan hasil yang sepatutnya. Kamu dinasihatkan mengambil makanan yang tidak terlalu berat serta berkhasiat.Tetapi ingat! Jangan makan terlalu kenyang. Ini adalah untuk mengelakkan diri daripada cepat mengantuk dan menjejaskan hasil kerja nanti.