Kali
ini sayer nak buat entry tentang beberapa fakta yang mungkin kita tak
sedari ataupun tak pernah terlintas di hati untuk nak ambil tahu.
Fakta-fakta
ini sayer dapat dari satu rujukan melalui kiriman email seorang sahabat
dan sayer rasa tak salah jikalau aku nak berkongsikan ia serba sedikit di
blog ini kerana ilmu haruslah disebarkan, betul tak?
Asalnya artikel ini ditulis di dalam English dan untuk memudahkan pembacaan sayer dah terjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Selamat membaca.
1- Yang ni mungkin ramai yang tahu kan?. Perkataan POP MUSIC berasal dari singkatan Popular Music; mudah saja kan?
2-
Perkataan BUS dalam English berasal dari singkatan OMNIBUS yang
bermaksud ‘everybody’ atau semua orang.Patutlah semua orang boleh
naik....
3- Perkataan NEWS diambil dari singkatan Northen, East, West & South (Utara,Timur,Barat & Selatan).
4-
TIPS berasal dari singkatan ‘To Insure Prompt Service’ atau bermaksud
‘Untuk dapatkan Perkhidmatan yang Cepat’. Dahulunya orang putih akan
memasukkan syiling ke dalam sebuah bekas yang di letakkan di kaunter
untuk mendapatkan perkhidmatan yang cepat daripada budak-budak bellboy
di hotel. Dari situlah bermulanya perkataan TIPS!
5-
JEEP adalah sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang lasak digunakan oleh
tentera Amerika semasa Perang Dunia ke-2. Perkataan JEEP berasal dari
“General Purpose Vehicle(GPV)”. Ringkasan yang dipanggil oleh tentera
Amerika ketika itu ialah GP dan lama-kelamaan ia bertukar menjadi JEEP.
6-
Minuman Coca-Cola yang kita minum bukanlah berwarna hitam seperti
sekarang. Semasa di awal kewujudannya di Amerika warna asalnya ialah
hijau! ( Macam air tebu)
7- Nama yang paling banyak sekali digunakan di dunia ini ialah Mohammed (Muhammad)....
8- Nama benua yang bermula dan berakhir dengan huruf yang sama ialah Asia , Amerika dan Australia.
9- Otot yang terkuat sekali di tubuh badan kita ialah LIDAH.
10-
Dalam English, perkataan TYPEWRITER ialah satu-satunya perkataan yang
boleh ditaip dari satu barisan diatas keyboard anda.( Sila perhati
tengok?).
11- Wanita mengerdip mata hampir dua kali kerapnya dari lelaki.
12- Kita tidak akan boleh membunuh diri kita sendiri dengan hanya menahan nafas secara semulajadi.
13- Hampir mustahil untuk kita menjilat hujung siku sendiri. Tak percaya cubalah!
14- Memakai headphones di telinga selama satu jam akan menambahkan jumlah bakteria di dalam telinga sebanyak 700 kali.
15- Secara semulajadinya KHINZIR tidak boleh mendongakkan kepalanya ke atas.
16- Setiap Raja (KING) di dalam deck daun terup merujuk kepada raja-raja yang terhebat di dalam sejarah dunia iaitu:
17- Apakah persamaan diantara Jaket Kalis Peluru, Pintu Keluar Ketika Kebakaran, Wiper kereta dan Printer Laser?
Jawapannya: Ia dicipta oleh Wanita.
18- Buaya secara fizikalnya tidak boleh menjelirkan lidahnya...
19- Siput boleh tidur sehingga 3 tahun!!!
20- Semua beruang Polar bertangan kidal (Lefthanded)
21- Rama-rama merasa melalui kaki-kakinya...
22- Percaya atau tidak , Gajah adalah satu-satunya haiwan mamalia yang tidak boleh melompat di atas bumi ini!!
23- STEWARDESSES ialah perkataan yang paling panjang boleh ditaip diatas permukaan keyboard sebelah kiri.
24- Jantung manusia mampu mengepam darah dan memancutkannya sehingga jarak 30 kaki.
25-
TIKUS adalah rhodensia yang cepat membiak dimana kajian menunjukkan dua
ekor tikus mampu membiak sehingga berjuta-juta keturunan dalam masa 18
bulan.
26- Semasa bersin , jantung kita akan terhenti untuk beberapa milisaat.
27-
Jika anda bersin terlalu kuat, anda boleh mematahkan rusuk anda
sendiri. Dan jika anda menahan diri dari bersin, ia akan meyebabkan
salur darah ke leher dan kepala anda tersumbat yang mana boleh
menyebabkan kematian.
Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment