Thursday 19 July 2012

RESTORAN ADAM LAI

Ebby Yus usaha keras demi 'Adam Lai Restoran'

Korank pernah dengar tak restoren Adam Lai?..Laaiii...laii...lai..aiihhh...korank ni..jangan la kater xder.sumpah jadi obes nanti baru taoo...ade kan?ala yang kat seksyen 15 tu.member cakap makan kat situ sedap dan berpatutan,separuh harga dari thai punyer restoren kat seksyen 13 tu...aiiyaakkk...mahu sayer kepochi ckit nih kat en.somi...theheheh..memula citer dulu bab makan,howliaow semua tu..pahtu...terus bagi puji-pujianlah kat kedai tu...eh tips nih...harap-harap menjadik heee...maikong la duit somi sayer tu...

.Sebut sahaja nama Ebby Yus, pasti ramai terbayang wajah pelawak ini yang sering menggunakan loghat negeri kelahirannya, Negeri Sembilan. Mula melangkah dalam bidang seni sejak 1983, pemilik nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, masih aktif dalam bidang lakonan sehingga kini.

Mengakui masih menerima pelbagai tawaran lakonan, kini aktiviti seninya terpaksa dikurangkan untuk memberi komitmen dalam bidang perniagaan makanan yang baru dikendalikannya. Tidak pernah berhasrat untuk berundur dari bidang seni yang diceburi sejak tiga dekad lalu, perniagaan ini adalah percaturan Ebby untuk melebarkan kerjayanya dalam bidang yang lebih memberi jaminan.

Mempertaruhkan, Adam Lai Restoran, yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam, Ebby mendapat kerjasama daripada tiga rakan kongsinya, Muhammad Adam Lai Abdullah, Faizal Abdul Jabar dan Mohd Helmy Harun.

Berkonsepkan masakan Cina Muslim, Adam Lai Restoran, yang baru sahaja diperkenalkan sejak 11 Mac lalu, mendapat sambutan yang menggalakkan. Bukan sahaja pelanggan beragama Islam, restoran ini turut menarik perhatian bangsa lain seperti India dan Cina bagi menikmati hidangan kegemaran mereka.

“Alhamdulillah, untuk tiga bulan pertama, sambutan sangat memberangsangkan. Kami cuba menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pengunjung. Lebih 100 jenis menu ditawarkan kepada penggemar masakan Cina Muslim yang mengalami kesukaran mendapatkan hidangan halal.

“Antara menu istimewa yang disediakan ialah Adam Lai Chicken, Golden Pumpkin Taufu, Steam Suen Star Spot with Essense of Chicken, Ling Sim Steam Chicken, Butter Prawn, Sichuan Cold Spicy Chicken, Loo Up Duck dan Coconut Prawn,” jelas Ebby yang pernah memiliki restoran di Kampung Baru.

Restoran ini juga menawarkan pelbagai jenis ikan, termasuk siakap, kerapu dan bawal emas yang dihidangkan dalam bentuk stim halia, stim cili padi taucu, kari nyonya serta cheong pao.
Selain itu, terdapat juga daging lembu dan rusa yang dihasilkan dengan tujuh jenis masakan, seperti wok chai, kong pao, black pepper, kam heong serta clay pot.

Restoran yang mampu memuatkan hampir 300 pelanggan dalam satu masa ini beroperasi pada jam 11 pagi sehingga 11 malam. Selain itu, terdapat juga dua bilik VIP berasingan yang memuatkan 20 tetamu. Restoran ini juga menawarkan harga yang berpatutan dan lebih rendah berbanding restoran Cina Muslim yang lain.


Pemilihan nama restoran

Walaupun restoran ini melibatkan empat rakan kongsi, namun mereka sepakat menggunakan nama salah seorang daripada mereka yang juga chef, Muhammad Adam Lai Abdullah. Menurut Ebby, nama Adam Lai dilihat lebih sinonim dengan Cina Muslim, bersesuaian dengan konsep restoran.

“Adam telah memeluk Islam sejak tahun 2007 dan pernah bekerja di beberapa restoran Cina Muslim termasuk Mohd Chan. Adam memiliki 20 tahun pengalaman memasak. Dia mempunyai ramai rakan yang berbangsa Cina di Singapura. Jadi, jika terdapat menu terbaru, Adam akan cuba mempraktikkan menggunakan caranya sendiri," katanya.

Jelas Ebby, untuk memastikan kualiti makanan, restorannya mempunyai pembekal bahan mentah sendiri. Bekalan bahan mentah seperti makanan laut akan diambil dua hari sekali, manakala sayur pula, setiap hari.


Cawangan baru bakal dibuka

Walaupun baru sahaja beroperasi, namun Ebby mempunyai perancangan tersendiri untuk mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi. Malah dia berimpian untuk mengembangkan perniagaan itu dalam bentuk francais.

“Kami memang ingin ke arah itu kerana berdasarkan sambutan daripada pengunjung, kami yakin, jenama Adam Lai boleh pergi jauh lagi. Namun, ianya hanya perancangan awal memandangkan restoran ini masih baru lagi. Keuntungan juga tidak dapat dianggarkan buat masa sekarang.

“Tapi, setiap bulan, ia menunjukkan pertambahan dan peningkatan yang baik,” katanya yang turut merancang memperkenalkan Adam Lai Express.

Menurut salah seorang rakan kongsinya, Mohd Helmy Harun, 40, kini mereka dalam usaha untuk membuka cawangan baru di lokasi berdekatan.

“Lokasi pilihan ialah di Subang atau Ara Damansara. Kami akan berbincang untuk mendapatkan lokasi yang sesuai untuk memperkenalkan cawangan baru ini," jelasnya.


Melawak, tuntutan watak

Bercerita mengenai penglibatan awalnya dalam industri seni, Ebby mengakui dirinya bermula dengan posisi pelakon biasa sahaja. Setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ebby mula berhijrah ke ibu kota untuk mencuba nasib sebagai pelakon. Menurut anak jati Padang Lebar ini, karier seninya bermula pada tahun 1983 setelah berjaya menyertai uji bakat.

“Saya ditawarkan untuk berlakon cerita purba seperti Bujang Permai, Keris Hitam Bersepuh Emas dan Pendekar Kundur. Ketika itu, saya tidak tahu bakat saya dalam bidang komedi, sehinggalah saya ditawarkan untuk berlakon dalam drama komedi pertama, Ala Mak Kahwinkan Aku, arahan Aziz M Osman.

“Sehingga itu, ramai yang mula menawarkan watak komedi kepada saya. Pada tahun 2000, saya mula serius untuk memegang watak komedi,” katanya yang pernah berlakon dalam drama Gado-Gado. Melihat daripada riak wajahnya, pada penulis, Ebby adalah seorang yang serius.

Mengulas mengenai perkara itu, Ebby mengakui dirinya bukanlah pelawak, tetapi pelakon yang memenuhi tuntutan watak yang diberi.

“Dalam kehidupan sebenar saya, saya bukanlah suka melawak. Tapi, apabila berlakon, saya perlu kelihatan seperti pelawak mengikut watak yang diberikan. Bagi saya, penghayatan dalam komedi patut dititikberatkan kerana kerjaya sebagai pelawak memang sukar. Untuk buat orang marah, memang senang, namun untuk buat orang ketawa, memang payah,” katanya yang bakal menjalani penggambaran drama bersiri, Masak Lemak Cili Api dan Karut Komedia.

Selain itu, Ebby juga terlibat dalam pembabitan sitkom seperti Edisi Khas, Mai Cik Mai dan Bujang Lapok vs Koboi Kobau.

No comments:

Post a Comment