Wednesday 11 July 2012

Keistimewaan bunga ros




AMALAN mandi bersama taburan kelopak dan titisan air bunga ros membantu menenangkan fikiran serta melembutkan kulit badan.


ROS bukan sekadar bunga yang menyampaikan mesej bagi sesebuah hubungan percintaan mahupun persahabatan yang murni. Hakikatnya, bunga ros mempunyai 1,001 keistimewaan dalam kehidupan manusia terutamanya yang berkaitan aspek kecantikan.
Secara ringkasnya, bunga ros kaya dengan pelbagai khasiat dan nutrien yang memberikan kebaikan pada kulit wajah. Sebelum hadirnya produk kosmetik moden di pasaran, kebanyakan individu menggunakan kelopak bunga ros untuk membersihkan wajah.
Caranya cukup mudah. Mereka hanya memetik bunga ros yang segar dan bebas daripada sebarang pencemaran. Kemudian, menggosok kulit wajah dengan menggunakan kelopak bunga ros secara lembut. Dipercayai jus ros yang keluar dari kelopak berkenaan bertindak merawat kulit wajah yang kusam dan memberi kesegaran berpanjangan.
Selain itu, kelopak bunga ros juga didapati melembutkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam yang terdapat pada kulit wajah.
Melembapkan kulit wajah
Rangkaian produk penjagaan wajah Melvita turut mengakui keistimewaan bunga ros yang bertindak mencantikkan kulit wajah. Selain pengambilan air putih yang secukupnya, penggunaan bunga ros dalam rejim penjagaan wajah juga membantu memberi kelembapan berpanjangan.
Buktinya, Melvita hadir dengan koleksi produk terbaharu Rose Nectar yang membantu melembapkan semula kulit wajah yang kering dan dehidrasi. Bukan itu saja, ia juga membantu menyihatkan kulit wajah supaya kekal berseri dan menawan.
Menarik tentang Rose Nectar, ia dihasilkan daripada bunga mawar yang ditemui di beberapa kawasan pergunungan tinggi yang bebas daripada masalah pencemaran. Melvita mendapati mawar asli di kawasan pergunungan kaya dengan ramuan aktif memandangkan kawasan pergunungan sarat dengan sumber nitrogen iaitu mineral yang ditinggalkan salji pada musim sejuk dan merupakan nutrien yang diperlukan pokok bunga untuk tumbuh serta membesar dengan subur.
Antara jenis bunga ros yang digunakan bagi menghasilkan rangkaian produk kecantikan wajah Rose Nectar ialah:
- Bunga ros Centifolia
Ia sejenis bunga ros dari Perancis yang dipercayai tumbuh pada zaman purba. Pihak Melvita mengambil kompleks sel tertentu daripada bahagian daun dan meletakkannya dalam kultur. Sel ini berfungsi mengurangkan kehilangan air dan menyihatkan kulit wajah.
- Bunga ros Musk
Bunga ros liar dari Chile, Afrika Selatan itu kaya dengan Vitamin E dan C. Ini termasuklah asid lemak penting seperti asid linoleik (omega 6) dan asid linolenik (omega 3). Asid lemak tersebut mempunyai ciri pemulihan dalam epidermis kulit wajah.
- Bunga ros Damask
Putik bunga mawar Damask segar dari Lembah Mawar El-Kelaa M'Gouna, Maghribi dipetik pada waktu Subuh berfungsi memberi kesegaran pada kulit wajah.
- Susu biji ros
Susu pokok bunga ros merupakan hasil adunan lembut antara air mawar Damask dan minyak ros hip. Ia kaya dengan fosfolipid dan bertindak sebagai pelindung untuk kulit wajah.
Himpunan produk Rose Nectar boleh dibeli di butik Melvita pada harga antara RM108 hingga RM168.
Mandi bunga ros
Selain itu, bunga ros juga boleh membantu menyegar tubuh badan yang keletihan. Seminggu sekali, amalkan mandian bunga ros yang dicampur bersama aroma terapi bunga ros yang harum. Amalan mandian bunga ros turut mengelakkan kulit badan kering dan bersisik.
Rawatan kuku kaki dan tangan
Bukan itu saja, kebanyakan perunding kecantikan menyifatkan amalan merendamkan tangan dan kaki selama 15 minit di dalam bekas air suam bersama titisan air ros membantu mencerah dan menghilangkan keletihan pada anggota badan berkenaan.
Fesyen warna ros
Bagi golongan wanita yang kurang gemar bersolek, sekurang-kurangnya oleskan gincu bibir bagi mengelakkan wajah tampak pucat. Selain mencalit lipstik warna ros merah jambu, sesekali cubalah tampil berani dengan gincu bibir rona ros merah terang.
Jika inginkan penampilan yang feminin dan comel, jangan lepaskan peluang untuk menyarungkan busana mahupun sepatu yang berasaskan warna merah jambu lembut.

No comments:

Post a Comment