Wednesday 18 July 2012

Hanis Zalikha Takut Privasi Keluarga Terganggu?

Hanis Zalikha
 Seorang lagi blogger terkenal menceburkan diri dalam bidang lakonan,sape lagi kalo x bukan hamis jalikha ..eh..eh..bukan...cik Hanis Zalikha, pepon kita bacaselanjutnya entri yang kat bawah ni yerk...
Mungkin kalau nama Hanis Zalikha disebut di kalangan kita, ramai pastinya sudah kenal dengan gadis muda itu.
Mana tidaknya, Hanis merupakah ‘blogger’ yang terkenal dengan penulisannya yang santai dan bersahaja.
Malah, namanya pernah diletakkan antara dalam senarai 10 nama carian tertinggi di Google.
Berbakat dalam bidang ‘modelling’ dan mempunyai prestasi yang baik dalam akademi, Hanis sekarang ini dilihat banyak memperlihatkan bakatnya dalam dunia lakonan pula.
Beberapa minggu lalu, Hanis telah menjadi popular menerusi slot drama Memberku Hawa.
Dan kerana popularitinya itu, nama Hanis kian meningkat di kalangan penerbit-penerbit drama dan filem yang yakin dengan kebolehannya untuk menjadi pelakon.
Kalau dah nama pun menjadi orang yang terkenal, tentunya ahli keluarga juga terkena tempias populariti juga.
Sekarang ini, Hanis mengakui berasa takut untuk menjadi popular kerana risaukan privasi keluarganya terganggu.
“Saya takut untuk menjadi terkenal.
“Saya tak risau diri sendiri sebab saya tahu jaga diri. Kalau saya buat silap, saya tanggung sendiri. Tapi saya risau privasi keluarga saya terganggu sebab mereka tak minta untuk jadi perhatian,” kata Hanis yang dipetik dari laman Gua.com.
Mengenai perkembangan dirinya ketika ini, Hanis bakal menjadi pelakon utama dalam dalam Gangster Celop.
Diangkat menjadi pelakon tambahan dalam filem Momok the Movie sebelum ini, Hanis akan mencuba sepenuh usahanya untuk menjayakan lakonannya dalam filem pertamanya itu.

No comments:

Post a Comment