Sebenarnya,
suka menyalahkan orang lain adalah satu perkara yang paling mudah bagi
menutup kekurangan dan kesilapan diri. Di peringkat bawahan, seringkali
kita menyalahkan pimpinan atas setiap perkara yang berlaku, misalnya
jika anak kita mengalami masalah moral dan akhlak, kita salahkan guru
dan sistem pendidikan. Jika anak kita tidak terpilih ke sekolah atau
universiti yang bagus, kita salahkan orang lain yang kononnya amalkan
kronisme. Anak kita terlibat dengan lumba haram kita salahkan
rakan-rakannya. Anak kita lari dengan lelaki yang bukan muhrim kita
salahkan media massa. Apa saja yang berlaku dalam kehidupan ini semuanya
kita salahkan orang lain yang kononnya penyebabnya.
Lagi,
bila kita tak boleh simpan duit di bank kita salahkan kerajaan kerana
naikkan harga petrol, naikkan harga barang. Bila anak kita terlibat
dengan seks haram kita salahkan kerajaan kerana wujudkan internet dan
dunia tanpa sempadan. Bila di pejabat kita tak naik-naik pangkat, kita
salahkan orang lain kaki bodek atau bos yang suka pilih kasih. Semuanya
salah orang lain. Sehinggakan kerana banyak hutang pun kita salahkan
kerajaan kerana wujudkan bank dan institusi kredit.
Memang
tak salah pun kalau kita nak salahkan orang, lebih-lebih lagi kalau
orang itu memang betul-betul bersalah. Tetapi ada beberapa perkara yang
kita perlu fikir dan pertimbangkan dalam hal menyalahkan orang ini
iaitu:
dia..dia...tuh..eh..eh...awaklah!..awak ok...yang propa..!lebih..(setan pun bertepuk tangan) |
2. Propaganda Diri
Kadangkala
apabila kita membuka internet, dan laman web yang terpampar di depan
mata kita adalah sebuah laman hiburan yang penuh dengan pembukaan aurat,
kita dengan cepat memberi pendapat: ‘Inilah dia kerja kerajaan,
menyokong propaganda Yahudi, kerja orang nak sesatkan umat Islam.’
Memang
benar, tetapi kita ada kuasa untuk mengawal semua itu. Kuasa yang
paling kuat ialah dengan tidak membuka sebarang laman web yang boleh
merosakkan pemikiran kita. Bukankah kita diberi akal oleh Allah s.w.t
untuk menyaring mana yang baik dan mana yang buruk. Dalam internet bukan
semua laman webnya buruk, ada juga yang baik dan berfaedah. Pilihlah
laman web yang baik, yang boleh menjana minda kita menjadi orang yang
baik.
Kita
juga jangan terlalu fokus kepada ‘apa yang orang hulurkan kepada kita’,
kadangkala ia boleh menenggelamkan potensi diri kita yang sebenar,
iaitu mengatasi perbuatan tersebut. Masalahnya kita pun hanyut sama.
3. Budaya Burung Bangau
‘Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?’
‘Macamana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul’
Penudingan
jari disebabkan di bangau kurus saja, akhirnya berterusan hinggalah
kepada punca masalah iaitu ular yang nak makan katak. Akhirnya tiada
siapa yang untung. Mungkin ular saja yang untung sebab dia boleh baham
saja katak. Tetapi disebabkan semua pihak, terutama bangau yang tidak
boleh fikir jauh sikit, bila ikan tak nak timbul, tak ada cara nak rasa
ikan di lubuk lain, atau di kawasan lain, sedangkan ia boleh terbang.
Mungkin
disebabkan bangau malas nak berusaha, malas nak cari, malas nak
terbang, maka jalan pintas ialah salahkan ikan. Ikan pula salahkan
rumput. Rumput salahkan kerbau... dan begitulah seterusnya menyalah
orang lain kerana ketidakmampuan diri sendiri menghadapai sesuatu
perkara.
Adakah kita masih mahu menjadi seperti burung bangau?
4. Lari Dari Tanggungjawab
‘Siapa buat ni?’ tanya seorang ibu kepada anaknya yang menangis.
‘Amin terhantuk dinding ni..’ jawab di anak dalam tangisan.
‘OOoooo nakal ye dinding, mari ibu pukul dinding ni!’ ujar si ibu sambil membuat aksi memukul dinding.
Perkara ini biasa terjadi, kan?
Mungkin
benda ini kecil saja. Ibu nak diamkan anak jadi cari objek lain untuk
dimarahi. Itulah sebenarnya yang menjadi budaya kita sampai bila-bila.
Sejak kecil ibu suka mencari objek lain untuk disalahkan bila anak
menangis. Bila anak besar, dia pula cari objek lain untuk dipersalahkan
bila hidupnya susah.
Secara
tidak langsung dia dapat lari dari menanggung dan menjawab. Bila ada
benda tak kena, tuding jari kepada orang lain. Mudah saja kan? Sedangkan
semasa dia kecil dulu, kalau dia tak lari laju-laju, takkan terhantuk
pada dinding. Sepatutnya ibu nasihatkan anaknya supaya berjalan dengan
perlahan dan berhati-hati supaya tak terlanggar dinding lagi, bukan
salahkan dinding. Dinding tak bersalah apa-apa, dan tak ada perasaan
pun. Cuma sikap menyalahkan benda lain saja yang ditanam dalam diri
anaknya.
5. Siapa Yang Memandu Kehidupan?
Seorang
lelaki berjalan seorang diri di hutan setelah terpisah dari kumpulannya
selepas selesai menjalani perkhemahan di sebuah kawasan air terjun.
Namun dia tidak terlalu panik kerana di tangannya ada peta dan kompas.
Di dalam perjalanan, dia terlihat seorang lelaki yang sedang membawa
gulungan rotan. Fikirnya itu mesti orang tempatan. Dia menegur dari
jauh, ‘Nak ke mana bang?’
‘Keluar ke jalan, peraih sedang menunggu!’ jawab orang itu.
Di
satu persimpangan, mengikut kompas dan petanya, jalan keluar adalah ke
kiri, namun pencari rotan di hadapannya menghala ke kanan. Lelaki ini
berfikir mesti orang ini tahu jalan pintas, lantas tanpa banyak soal dia
terus mengekori pencari rotan itu. Sehinggalah hari hampir petang namun
mereka belum sampai lagi.
‘Kenapa kau ikut aku?’ soal si pencari rotan setelah menyedari lelaki itu asyik mengekorinya.
‘Saya nak keluar ke jalan, saya ingat abang tahu jalan pintas,’ jawab lelaki itu.
‘Aku sesatlah…’ jawab si pencari rotan.
Bila
kita tiada pendirian sendiri dan cuma mengikut orang sahaja, akhirnya
merugikan diri kita juga. Tambah2 kalau kita tidak ada pengetahun
langsung. Dalam dunia ini, semua orang ada masalah masing-masing, dan
hampir tak ada orang yang sanggup nak tumpang masalah kita, melainkan
dia memang kerja dalam bidang kebajikan atau sukarelawan.
6. Takkan Mengubah Nasib Kita
‘Aku dengar di kilang ais batu tu ada lori babi masuk!’
‘Ayam goreng di kedai AGB ni tak sembelih la!’
‘Makanan dalam tin ni ada gelatin haram, tau!’
‘Roti ni ada lemak babi, tau!’
Tapi
kita masih juga menggunakan barang-barang di atas, disebabkan tidak ada
alternatif, atau tidak ada alternatif terdekat. Kalau tak ada orang
antara kita yang mengusahakan sesuatu, sampai bila2 pun dialog2 itu akan
terus kedengaran. Atau mungkin saja ia cuma propaganda untuk
menjatuhkan jemana berkenaan, tapi masalahnya kalau itu pun, kita
terus-terusan ‘ditipu’ oleh benda yang kita tak pasti.
Maka jadilah kita sampai bila-bila pun macam itu saja. Hanya menjadi komentator, pemberi komen, peng-iya, dan itu sajalah.
Jadi
haruslah kita memandu hidup kita ke arah yang lebih baik, menganjak
paradigma dan cara berfikir, bukan semata-mata mengikut keadaan semasa,
akhirnya menjadi mangsa keadaan.peringatan untuk diri sendiri jugek....kutip jangan x kutip pengalaman nih :)
No comments:
Post a Comment