Thursday 22 November 2012

SUSU ANMUM MATERNA


Kenapa kena minum susu Anmum Materna?

1.  Kerana ada 100% keperluan folate harian. Research menunjukkan bahawa 4 daripada 5 wanita asia tidak mempunya folate yang mencukupi. Folate ini sangat penting kepada perkembangan tulang belakang baby.

2. Provide Ganglioside dan DHA untuk perkembangan otak baby sebelum dilahirkan. Maknanya masa dalam perut lagi lah. Seperti yang saya ckp tadi sel-sel otak mula terbentuk seawal 27 hari. Maknanya usia kandungan belum sampai sebulan pun lagi. Adelah sangat penting bagi ibu mengandung untuk mengambil makanan yang mengandungi DHA dan gangliosides untuk membantu sel-sel otak berhubung.

3. Provide iron dan kalsium yang tinggi bagi support kesihatan ibu dari segi membantu membina tulang yang kuat dan pembentukan tisu, plasenta dan sel-sel darah merah.

Anmum Materna ni jugak memprovide 100% folate yang diperlukan setiap hari hanya dengan minum 2 gelas susu sehari. Anmum Materna juga satu-satunya brand yang dah di test secara clinical nya.


So kalau korang plan nak mengandung. Sila la beli anmum materna okeh. Persediaan awal gitu kan. Tahukah korang yang brain cells baby dah start berkembang seawal umur dia 27 hari dalam perut dan folic acid adelah sangat penting bagi pembentukan tulang belakang. Jadi memang kena minum susu seawal korang dah plan nak mengandung. Maka saya juga (sangat perlu) kena beli susu Anmum Materna sekarang. :p


Banyak lagi kebaikannya kalau minum susu sebenarnya. Selain daripada ibu dan anak memperoleh nutrient yang diperlukan, susu anmum ni juga provide Gangliosides dan DHA untuk perkembangan baby sejak dari dalam perut lagi.








Wednesday 21 November 2012

KEBAIKAN KURMA,KISMIS DAN MADU KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

 

Adalah amat baik sekali mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".