Friday 8 June 2012

Peraduan Apakata Seindah Sakura



Peraduan Apa Kata? Seindah Sakura

Sekarang anda boleh menjadi penentu dialog antara karakter-karakter di dalam drama bersiri Seindah Sakura. Hantarkan dialog yang paling kreatif/ kelakar/ menyentuh hati kepada kami dan berpeluang beramah mesra dengan pelakon Seindah Sakura.

Sila lihat cara-cara bagaimana anda boleh menyertai peraduan ini.

Cara-cara menyertai:
1. Daftar diri dengan akaun Facebook anda.
2. Masukkan skrip kreatif anda berdasarkan gambar di atas, skrip anda boleh jadi kelakar atau serius asalkan tidak berunsur politik, lucah dan perkauman.
3. Anda berpeluang memenangi sesi beramah mesra dengan pelakon Seindah Sakura (3 pemenang akan terpilih)! Sertai Sekarang!
4. Peraduan dibuka dari 5 Jun – 7 Jun. Gambar akan ditukar setiap hari pada pukul 12.30pm. Skrip paling menarik akan dipilih menjadi pemenang peraduan ini. Pihak TV3 akan memilih pemenang dan keputusan pihak TV3 adalah muktamad.
5. Pemenang akan diumumkan melalui laman web Facebook dan juga www.tv3.com.my/seindahsakura-peraduan
6. Pihak TV3 online akan menghantar mesej di inbox Facebook pemenang pada 11 Jun 2012. Pihak TV3 menggalakkan peserta untuk membuka akses untuk menghantar mesej di profil masing-masing.
7. Profil pemenang yang tidak memberi respon, tidak akan dilayan. Pastikan anda memberi respon bila dihubungi pihak TV3 online melalui inbox Facebook.



So korank tunggu apelagi..meh la join pertandingan nih,mane tao kot-kot  terpilih ayat-ayat power korank tuh,selamat menyertai!...ermm aper?korank..blur?, x tao nak tulis aper?hah! ni dia contoh paling tepat dari peserta yang join contest ni..

Sharmila:
Gabranya aku Fasha … esok dah hari Pertandingan Top Model. Aku ni peserta pertama tapi jalan masih bersepah lagi. Oh my Anuar Zain! Tolong daku! Huhu…

Mak Mah :
Fasha, kamu tak ajar ke kawan kamu ni berjalan ala model? Memang jalan bersepah pun tu. Tapi, apa ke hal pulak Anuar Zain nak tolong dia?

Fasha :
Saya dah ajar dia ni, Mak Mah … dah 40 kali saya ajar dia, tau. Mula-mula tu elok je jalan ala modelnya. Lepas tahu Anuar Zain jadi pengadil, terus dia gabra jalan bersepah semula. Buat pengetahuan Mak Mah, Anuar Zain tu “Lelaki Idaman Malaya” Sharmila ni.






No comments:

Post a Comment