Kenapa orang kulit hitam, jaguh dalam larian dan orang kulit putih jaguh renang??
Kalo
kita tengok sukan Komanwel, Olimpik dan sebagainya, mesti korang tengok
acara lumba lari kebanyakannya dimenangi oleh ras kulit hitam dan dalam
sukan renang pula kebanyakkannya dimenangi oleh ras kulit putih. tidak
dinafikan mereka mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dalam acara
sukan tersebut.
Dalam
acara lumba lari pecut 100 meter bagi lelaki misalnya, 25 pemegang
rekod dunia dimenangi oleh orang dari ras kulit hitam, sebaliknya rekod
dunia bagi sukan renang pula dimenangi oleh ras kulit putih sejak tahun
1922 lagi.
menurut
statistik, Selasa (13 Julai 2010). berbagai cara untuk mengungkap dan
membuat kajian berkenaan dengan perkara ini, namun mendapat tentangan
yang hebat antara kedua-dua ras kulit hitam dan putih.
Mungkin
kita akan menganggap bahawa ia dipengaruhi oleh struktur budaya dan
populariti sukan tersebut di negara mereka. memang masuk akal kalo kita
katakan di Eropah dan America mempunyai fasiliti sukan renang yang
tinggi berbanding dengan negara di Afrika. Di negara Eropah dan dan
America khususnya lebih popular dengan renang dan juga bola sepak kerana
di sana sukan tersebut lebih popular. kalo kita tengok masa Piala Dunia
ni pun dah tau, kebanyakkan mereka yang mendominasi pemain terbaik
dunia adalah dari ras kulit putih!!!
logik jugak apa yang kita sangka tetapi tahukah anda terdapat kajian berkenaan dengan perkara ini.
walaupun
kajian ini menganggap akan mencetuskan kontroversi namun, 2 ahli
saintis dari America membuat teori berhubung dengan perkara ini untuk
menjelaskan tentang perbezaan warna kulit dengan prestasi sukan. teori
ini ditulis di dalam jurnal "international design and nature".
mereka
membuat kajian dengan mengukur perbandingan ukuran tubuh badan tentera.
kajian ini nampaknya mereka menemui perbezaan titik berat ( center
gravity) pada kulit kedua-dua ras tersebut. Ras kulit hitam yang
diwakili oleh tentera Africa Barat memiliki titik berat 3 persen lebih
tinggi daripada tentera kulit putih.
Di
bidang olahraga, titik berat yang lebih tinggi memberi kelebihan dan
kekurangan. kelebihannya adalah di dalam sukan larian. sebab waktu yang
diperlukan untuk menjejakkan kaki di tanah adalah lebih cepat iaitu 0.15
saat.
Titik berat yang lebih
rendah pada ras kulit putih mempunyai kelebihan ketika berada di dalam
kolam renang. Atlet ras kulit putih, ketika di dalam air, tubuh mereka
menjadi lebar sehingga boleh melakukan renangan lebih cepat.
walaupun
saintis yang mengkaji ini kuatir akan menimbulkan kontroversi, namun
mereka dengan sedaya upaya untuk menerbitkan jurnal ini kerana Prof
Adrian yang berkulit putih dari Duke University bersama dengan Edward
Jones dari Howard University adalah keturunan Afro America.
No comments:
Post a Comment