Tuesday 26 June 2012

kisah lucu & tauladan

BANYAK SANGAT

Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota.. Apabila sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi..

"Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar negara..!" kata bos

Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali...

Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata.."Apa susah2.. malam ni kita tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini"

adeh-adeh berat nih,aku kayap!.....


MENIRU

Suatu hari, ayah Azam telah dipanggil oleh pengetua sekolah berkenaan kes Azam yang dituduh telah meniru sewaktu peperiksaan. Azam dikatakan sering meniru jawapan rakannya, Azim.

Ayah Azam:Ahh! saya tak percaya anak saya meniru. Apa buktinya cikgu menuduh begitu?

Pengetua:Buktinya, cuba lihat salah satu soalan ini.

Soalan:Namakan salah seorang sasterawan negara?

Jawapan Azim:A.SAMAD SAID

Jawapan Azam:A.SAMAD SAID

Ayah Azam: Laa... jawapan yang sama begitu,sudah tentu boleh berlaku kerana bukan seorang dua murid yang terbabit dalam ujian ini.Sudah tentu ada yang memberi jawapan yang sama.

Pengetua: Baik,cuba encik lihat pula soalan kedua ni. Soalan i mana A.Samad Said dilahirkan! ?

Jawapan Azim:SINGAPURA

Jawapan Azam:SINGAPURA

Ayah Azam:Seperti yang saya katakan tadi,jawapan yang sama antara murid sudah tentu satu kebetulan.Ntah-ntah si Azim yang meniru jawapan anak saya.

Pengetua:Kalau begitu,jawapan yang mereka beri pada soalan ni memang sudah membuktikan bahawa Azam telah meniru Azim.

Soalan:Namakan salah satu novel agung karya A.Samad Said?

Jawapan Azim:MAAF,SAYA TIDAK TAHU.

Jawapan Azam:KALAU KAU TAK TAHU,AKU LAGI TAK TAHU!!!!

buat-buat teror


3 B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya? Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih... "

Ustaz : "Perempuan yang macam mana menjadi idaman kamu?" Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar, penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... "

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?" Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ... ."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"

sila bercermin diri hew~hew~


PRAKTIKAL PSIKOLOGI

Seorang gadis, hitam manis, duduk di sebuah restoran di sebuah hotel... ..

"Apa kabar dik?, boleh saya belanja anda minum?", tawar seorang lelaki muda yang menghampirinya.

"Apa? masuk ke hotel?" teriak si gadis.

"Bukan, bukan. Jangan salah faham. Saya hanya offer nak belanja minuman... ... " jawab pemuda itu.

"Abang meminta saya menemanimu ke hotel?" teriak si gadis dengan sangat kuat hingga ramai pengunjung lain mendengar. Merasa ditolak, dengan perasaan malu, lelaki muda itu beringsut dan duduk di sudut ruangan. Semua orang di restoran menatap lelaki itu dengan sinis dan mencebik.

Beberapa minit kemudian, si gadis menghampiri si lelaki muda itu. "Maafkan saya bang. Saya sedang menyamar. Sebenarnya, saya adalah seorang mahasiswi psikologi yang sedang mempelajari tingkah laku manusia di situasi yang tidak dikehendakinya." gadis itu cuba menerangkan. Si laki-laki menatap dengan tampang dingin. Kemudian berteriak dengan amat kerasnya,  Lalu lelaki itu menjawab dengan kuat "Berapa? Lima ratus ringgit, yang putih melepak pun hanya Rm 100.00 je!!! ?" Semua org dalam restoran itupun memandang gadis itu sambil menggelengkan kepala dan lebih mencebik sini.

sekadar gmbr hiasan


Kesimpulan :
- Tak baik membalas dendam.
- Jangan memalukan org lain walau apapun niatnya.

No comments:

Post a Comment