Friday 15 June 2012

Mari berjimba & berteka -teki


Borink-borink nih meh sayer nak lanting-lantingkan soalan tekak tekik tekak tekuk,ular matik dalam mangkuk,eeehhh...macam dah season jer soalan tu kan?versi yang nih mungkin sedikit beza dari yang sebelumnyer theehee...sambil pusing2kn jari jemari yang lenguh & diletup2kan,pusing2 kepala mengikut arah jam,tarik nafas dalam2 n hembus...hah! nih soalan diehard punyer untuk korank yang ala-ala genius(konon)soalannyer;
  1. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

2. Gajah lalu titi patah, kemudian kambing lalu, apa pulak yang patah?
3. Lima pasang stoking direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stoking itu berwarna hijau,putih, biru, kuning dan hitam. Apakah akan terjadi kepada semua stoking tersebut?
4. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
5. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Bahagian tengah tidak dimakan?

6. Apakah tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran di sebuah kedai?
7. Apabila ditarik, yang di atas gembira. Manakala yang di bawah pula merana. Apakah ia?
8. Aku berjalan di tepi pantai, di atas pasir tanpa mececah air. Bila ku toleh ke belakang, tiada kesan tapak kaki ku. Kenapa?

9. Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing ke kanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Ke arah manakah lembu itu menghadap sekarang?

10. Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang turun dahulu?
11. Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
12. Kenapa doctor bedah kalau melakukan bedah mulutnya ditutup?
Fikir-fikir na na na na na.....
Jawapan
1. Penguin  2. Patah balik…bengang titi patah!  3.  Stoking jadi basah laaa…  4. telur  5. Kuih Donat  
6. Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab di bawa belayar, buah cempedak sebab di luar pagar (jawapan berdasarkan pantun melayu) betul la tu heheheh  7. Pengail yang dapat ikan  8. Aku berjalan dengan cara berundur  9. Ke bawah la!..tetap mengadap ke bawah untuk makan rumput  10. Speedometer  11. Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi pula jatuh dulu baru naik. 12. Kalau matanya ditutup macam mana nak melihat…hehehhe

No comments:

Post a Comment