Assalamualaikum para tetamu ziarah..
APABILA diuji, kita barangkali akan ditimpa dua situasi; sama ada tambah bersemangat atau hilang semangat..
Hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Amat
menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap
segala sesuatu di sekelilingnya. Apabila seorang mukmin itu beroleh
kebaikan, dia terus memuji dan bersyukur kepada Allah. Jika dia ditimpa
keburukan, maka dia pun memuji Allah dan bersabar menghadapinya dan ini
pun baik baginya. Seseorang mukmin akan tetap diberi pahala atas setiap
amalan yang dilakukannya sehingga diberikan pahala terhadap makanan yang
disuapkan ke dalam mulut isterinya.”
(Riwayat Ahmad & Abu Daud)
Adalah
lumrah bagi kita sebagai manusia dan hamba Allah menghadapi ujian dan
dugaan selagi kita hidup di bumi Allah. Namun kita sebagai hamba Allah
harus terima dengan hati yang penuh sabar. Saya memgingatkan diri saya
yang paling hampir dengan saya sendiri.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
“Demi
sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut
(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan (dengan berlakunya)
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah
khabar gembira kepada orang yang sabar, iaitu orang yang apabila mereka
ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah
kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.” Mereka ini
adalah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan daripada Tuhan
serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang mendapat pertunjuk
hidayah-Nya.
(Surah Al-Baqarah: 155-157)
MOGA2 KITA TABAH DALAM MENGHADAPI UJIAN DARI ALLAH – AMIN
ehsan i luv islam
No comments:
Post a Comment