Thursday, 21 June 2012

~Biar Buta Mata,Jangan Buta Hati~



Orang kata, kalau mahu menilai, nilailah menggunakan mata hati, bukan mata kasar sahaja, dan biasa tak kita dengar...Pandangan Allah itu jatuh pada sekeping hati, bukannya pada cantiknya wajah atau hebatnya pakaian.

Hati... Pentingkah sekeping daging itu?

"Ish ish saudari..apa yang hebatnya daging tu? Bukannya ada apa-apa pun, Alah, hati je."

Siapa kata tidak penting? Dengan hati kita mampu menyayangi.. Dengan hati, kita wujud sifat ehsan.. dengan hati kita tahu menilai sesuatu... Dengan hati juga, Allah beri satu firasat pada sesiapa yang Dia kehendaki.

Hebatnya hati, hinggakan Baginda Rasulullah S.A.W bersabda :

" Ketahuilah bahawa di dalam badan manusia ada seketul daging,apabila ia baik,baiklah seluruhhnya, dan apabila ia rosak ,rosaklah sekeliannya.KETAHUILAH ! Itulah dikatakan Hati." ( Hadith Riwayat Bukhari Dan Muslim)


"Sedarlah, kau tak elok buat kerja macam ni, duit yang kau dapat tu tak berkat."

"Apa aku kisah. Asalkan aku kaya raya, hidup senang-lenang."

Hati yang dibutakan tidak akan mampu lagi melihat kebenaran. Hadirkanlah cahaya sehebat lampu spotlight sekali pun, andai tidak mahu dicelikkan hati yang ada, kegelapan juga yang datang menyapa....

Mata Hati

Pandangan mata selalu MENIPU,
Pandangan akal selalu TERSALAH,
Pandangan nafsu selalu MELULU,
Pandangan hati itu yang HAKIKI...

Ha, cuba teka lagu siapa ni?:)

Belum habis lagi..ada sambungan lagu itu...

...Jika Hati itu bersih.

"Ish saudari ni, peliklah..hati bersihlah kotorlah, macam mana nak tahu?"

Sabar, sabar, mari teruskan membaca dengan hati yang celik.

Sewaktu saya kecil dahulu, emak selalu berpesan, "Wawa, kalau buat satu kesalahan, akan ada satu titik hitam dalam hati, kalau buat lagi, akan tambah lagi hitam..Sampailah akhirnya, hati itu hitam keseluruhannya. Bila hati dah jadi hitam semuanya, kita takkan dapat bezakan yang mana betul yang mana salah."

Sahabat, hati kita fitrahnya suci dan bersih. Perkara fitrah ni hakikatnya tidak boleh dilawan, saya bagi contoh mudah, fitrahnya kita akan ada sifat kasih kepada seseorang. Itu fitrah,dan fitrah hati pula suci dan bersih...

Apa jadi bila kita ada rasa sayang sangat kat seseorang, ibu kita contohnya.. tapi kita lawan, lawan perasaan tu... Hati mesti rasa sakit melawan fitrah kasih sayang itu kan? Jadi, fitrah hati yang suci bersih..jika dilawan, hati akan menjadi tidak enak juga.

Ha, pernah tak...terkadang bila nak buat sesuatu, kita teragak-agak, eh ok tak ni, ok tak ni.. atau bila dah buat tu rasa tak tenang je... mari periksa semula, mana tau kot-kot kita dah melawan fitrah :)

Tak percaya? Anda budak sains? Mahukan eksperimen?

Boleh,boleh..Islam itu kan merangkumi semua.

Sekarang ikut step ini :

1) Ambil dua helai kertas, satu kertas putih dan satu kertas yang telah diconteng.

2) Calitkan sedikit contengan pada kedua-dua kertas.

3) Lihat, kertas mana yang kita boleh lihat jelas contengannya, dan kertas mana yang kita pun dah tak tahu mana satu contengan baru.

Ha...bagaimana? hipotesis diterima atau ditolak? :)

Begitulah sahabat...jika hati dah terlalu kotor, ia akan jadi buta. Bila dah buta, buat salah baru pun dah tak nampak lagi....

"Ish, saudari ni menakutkan saya lah..jadi macam mana nak bersihkan hati?"

Ha. sabar sabar. mari tarik nafas, duduk dan beriman.. Saya belum habis cerita lagi ni :)

Bila mak saya kata begitu pada saya waktu kecil, saya pun bertanya, "Habis, macam mana nak putihkan balik hati?"

Dan mak jawab "Dengan istighfar, dan lakukan kebaikan."

Ha..istighfar. istighfar. ia ibarat pemadam kepada pensil kesalahan kita...Maka lazimkanlah istighfar, moga bersih hati yang telah dikotori...

Wednesday, 20 June 2012

Mari Berhumble Bersama Lagu "Jawapan Anak Kampung"

Korank-korank semua,do you really enjoy wif this song...what a nice song kan?humble and santai.santai sahaja untuk halwa telinga,anyway wordless today urmmm..juz wanna say hepi..hepi today...get ur headphone n listen to the music.hurry up!...hurry up!....theheeeehe...

Tuesday, 19 June 2012

~Sambal Pudina Yummi wif bawal stim fish~

Sambal_pudina
~Rase masam2 pedas,untuk detoxkan  perut pun okay~
Malam tadi nilah lauk yang ku masak untuk detoxkan perut..trylah makan dengan nasi panas2,ditambah plak dengan lauk bawal stim fish yang kat bawah nih,owh.. x menahan....howwwlliaow ooorrr...malam nih x tao lagik...sotong sambal kot..paling expresssesss..theheeee..
~ikan bawal masak stim~


Bahan-bahan ( 1 piring )

  • daun pudina
  • cili padi
  • bwg kecil
  • minyak masak
  • garam + gula ckp rasa
  • limau kasturi/nipis

Cara-cara

  1. tumiskan cili padi dan bwg kecil dgn sdikit minyak hingga kekuningan
  2. petik 10 helai/ lebih daun pudina dan masukkan dlm blend kering.masukkan juga bhn2 tumis tadi
  3. masukkan garam,gula n perahan asam limau sekali dan blend hingga halus.
  4. x perlu letakkan air.siap keluarkan dan hidang



Bersikap Positif Apabila Diuji

diuji kete kingkong rosak,bot pun rosak....pulus terbang melayang.

Assalamualaikum para tetamu ziarah..
APABILA diuji, kita barangkali akan ditimpa dua situasi; sama ada tambah bersemangat atau hilang semangat..
Hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Apabila seorang mukmin itu beroleh kebaikan, dia terus memuji dan bersyukur kepada Allah. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun memuji Allah dan bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya. Seseorang mukmin akan tetap diberi pahala atas setiap amalan yang dilakukannya sehingga diberikan pahala terhadap makanan yang disuapkan ke dalam mulut isterinya.”
(Riwayat Ahmad & Abu Daud)
Adalah lumrah bagi kita sebagai manusia dan hamba Allah menghadapi ujian dan dugaan selagi kita hidup di bumi Allah. Namun kita sebagai hamba Allah harus terima dengan hati yang penuh sabar. Saya memgingatkan diri saya yang paling hampir dengan saya sendiri.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
“Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar, iaitu orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.” Mereka ini adalah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan daripada Tuhan serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang mendapat pertunjuk hidayah-Nya.
(Surah Al-Baqarah: 155-157)
MOGA2 KITA TABAH DALAM MENGHADAPI UJIAN DARI ALLAH – AMIN

ehsan i luv islam

Monday, 18 June 2012

coretan untuk c bhoodak chomel

u oolss...i nak landing2 duluan sebelom p pacar mayam...:D
Cuba teka sapekah budak tomei nih?anak ngko ker?anak jiran sebelah?,anak pak jendut yang duk kat sebelah rumah flet tentera tuh?,yer?heheh.....bukan..bukan...LOL..bhodak chomel nih anak buah en.suami
Dan panggilan manja untuk  kami adalah pak ngah untuk en.suami & mama untuk sayer,aaiihh nape berbeza plak tu paggilannyer?sebabnyer,si kechik nih suka bermanja kat sayer,pantang dengar sayer balik kampung jer,hah!..kecepatan jer dia menyuruh sape2 yang free anta dia ke umah neneknyer, aka mak mentua sayer.mem kechik katakan..sayer suka melayan karenahnyer yang x sama macam bhodak kechik yang len,contohnyer kalo diusik,hah..mulalah dia buat muka sedih & terus mengajak si kakaknyer balik hehehe...(syirah jom balik)

kelakor pun ader..umur baru nak masuk 4 tahun(8.8.2008) ha! cantikkan nombor kelahirannyer tu,orang chino cakap no 8 manyak ong.theeehee... x tao la plak sayer kan?ayat si kecik biler time jumaat malam sabtu ,"petang2 x bley p pacar mayam,panas,mlm ckit jer baru bley p pacar mayam,beli durian & jam banyak!..banyak!,hah! jawab sayer plak "eh..eh..sape plak yang ajak dia tu p pasar malam,xder orang pun ajak?"bhodak kechik mane bley p pasar malam,nanti kene angkut dengan van putih..x takot ker?"sajer jer sayer provoke, korank rase si kechik tu x tao ker,bab perli2 nih?haiihh..budak skang sayer cakap awak,dah pandai...terus mencebik panggil kakak"syirah! jom kita balik"...sambil juling2 mato ngko jeling kat sayer bahahaha...sayer dah x bley tahan gelakkan dia...lagilah dia angin....kat bwh ni ha lantingan muka seposen dia,macam-macam pesen ngko...x menahan..layan...:)

owh...,xbley jadi nih asyik kene buli jer,what is my strategy now..bahahaha..







muker mahu p pacar mayam tapi malu...miaow!




muker keboringan setelah dibuli ..



muka keriangan nak p pacar mayam thehehee..

pst.. pst.. korank semua,nama sayer athirah bahira,mama tu ingat dia sorank je ker nak glemer dalam belog nih,sayer ade ko ada? 








Friday, 15 June 2012

Mari berjimba & berteka -teki


Borink-borink nih meh sayer nak lanting-lantingkan soalan tekak tekik tekak tekuk,ular matik dalam mangkuk,eeehhh...macam dah season jer soalan tu kan?versi yang nih mungkin sedikit beza dari yang sebelumnyer theehee...sambil pusing2kn jari jemari yang lenguh & diletup2kan,pusing2 kepala mengikut arah jam,tarik nafas dalam2 n hembus...hah! nih soalan diehard punyer untuk korank yang ala-ala genius(konon)soalannyer;
  1. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

2. Gajah lalu titi patah, kemudian kambing lalu, apa pulak yang patah?
3. Lima pasang stoking direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stoking itu berwarna hijau,putih, biru, kuning dan hitam. Apakah akan terjadi kepada semua stoking tersebut?
4. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
5. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Bahagian tengah tidak dimakan?

6. Apakah tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran di sebuah kedai?
7. Apabila ditarik, yang di atas gembira. Manakala yang di bawah pula merana. Apakah ia?
8. Aku berjalan di tepi pantai, di atas pasir tanpa mececah air. Bila ku toleh ke belakang, tiada kesan tapak kaki ku. Kenapa?

9. Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing ke kanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Ke arah manakah lembu itu menghadap sekarang?

10. Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang turun dahulu?
11. Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
12. Kenapa doctor bedah kalau melakukan bedah mulutnya ditutup?
Fikir-fikir na na na na na.....
Jawapan
1. Penguin  2. Patah balik…bengang titi patah!  3.  Stoking jadi basah laaa…  4. telur  5. Kuih Donat  
6. Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab di bawa belayar, buah cempedak sebab di luar pagar (jawapan berdasarkan pantun melayu) betul la tu heheheh  7. Pengail yang dapat ikan  8. Aku berjalan dengan cara berundur  9. Ke bawah la!..tetap mengadap ke bawah untuk makan rumput  10. Speedometer  11. Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi pula jatuh dulu baru naik. 12. Kalau matanya ditutup macam mana nak melihat…hehehhe

Thursday, 14 June 2012

Qesah sayer 6 tahun dulu

Hari tu dengar kejap kt Hot FM pasal kisah 10 tahun yang dulu. Macam2 cerita yang orang kongsikan, ada yang daripada gembira menjadi sedih, ada yang daripada sedih menjadi gembira,tapi kesah sayer ni 6 tahun yang dulu,xmao ikut hot fmlah,ikut sayer punyer suker yer, heeee...Biasaler Manusia suka bercerita, Manusia suka mendengar, baca dan tengok cerita. Sewaktu manusia tidak tahu tulis baca, mulut jadi alatnya. errmm...nak refresh balik ni,uuuiiihhh...gigih nih nak memerah otak,sebelum keje kat tempat yg sekarang nih,sayer bekerja kt tempat lain,dan bidang kerja sayer yang dulu pun x sama dengan bidang kerja yang sayer kerja skang nih,ada faham?(dalam hati;sayer cuba nak faham)lain padang lain belalang,tapi plot dia tetap samalah banyak mengadap dan melayan karenah orang.

 Berbalik kepada tajuk entri di atas,alkisahnyer citer sayer 6 tahun yang lepas errmm..0ne day tu,ceh condifent jer cakap english(OH MY ENGLISH!) time tu lunch hour,macam bese, sayer memang agak kemalasan kalo bab2 nk p beli makan ni,so jalan terbayek,elok sayer menapau jer kat budak 1 tempat keje nih yang memang suka kuar makan..tapi aritu budak tu x datang keje plak MC,so kaedahnyer sayer kene p beli sendirilah.

Dengan penuh yakin sayer pun menapak dari satu kedai ke satu kedai,kedai yang pertama tidak menyelerakan,kedai kedua alahai mamak,kedai ketiga pun macam so so jer,lastly terpaksa beli makan kat kedai mamak jer,coz terlupa yang kedai wak tutup disebabkan time tu puasa(u all perasan x sayer telah mencemarkan bahasa kebangsaan kita,sila angguk kepala & bersetuju sambil melopongkan mulut ala-ala sinchan)theehe..ok back to the story mory tadi.

 Sayer dah kelaparan,lauk pun yang ada cuma sayur kacang panjang,tauge,sambal tauhu & kari kambing(en.suami punyer slank:kari kambinnn..)so,tengah syok mencedok lauk pauk sambil cakap dengan ane untuk menapau air sirap sekali,tetiba sayer perasan ada seorang jejaka berdiri kat sebelah sayer bagi arahan kat ane tu tapaukan makanan untuk dia ,bila sayer pusing tengok muka dia,dia pun pandang ke arah sayer dengan fullface x buka2, sambil berkata"Dik,pukul berapa yer skang nih?"sayer yang masih terkial-kial nak bayar makanan kat ane tu,merasa pelik coz,yang saya perasan dia pakai jer jam,pehal plak t'ari buta nih sebok tanyer time kan?aaiiihhhh...nape yer?then,bila difikir,ditimbang tara balik...bahahaha..macam kes mahkamah plak..sayer tergelak sorank-sorank.Rupa-rupanyer bulan tu adalah bulan puasa untuk orang islam,sayer yang pada masa tu belum berhijrah lagi,baru tersedar,"padanlah mamat tu tanyer jam pukul berapa?padahal dia yang x puasa,sayer plak yang ditanyanyer,mungkin dia ingat sayer pun x puasa macam dia..almaklumlah muka sayer pun x macam muka amoi(tetiba teringat aunty momo as my hairdresser).

 Bila teringat balik kisah muda belia remaja dulu,rase masa terlalu mencemburui kita kan?apa-apa pun titik tolaknyer ,tak lama lagi dah nak puasa,so korank-korank yang kat luar sana tu dah berabes ganti blom puasa tu?& teman-teman berbloging,sayer nak ucapkan selamat berpuasa,selamat menahan lapar dan dahaga(mode x sabar nak p bazar ramadhan sbb c2 bnyk juadah yang menyelerakan) selamat-selamat semua :),makanan lazat ade kt bawah ni,sila jangan cuba telan air liuq anda,theeeehee..

hidangan berbuka puasa first day,nyaman bah theehe..




hidangan berbuka puasa for second day(berjimat cermat masak sendiri lagi best)