Friday, 13 July 2012

TIP CARA MUDAH DAN MURAH MENGHAPUSKAN NYAMUK


Semua orang tahu nyamuk adalah sejenis serangga yang boleh membawa penyakit dan maut. Hanya dengan sekali gigitan mungkin anda akan diserang Demam Denggi.
Mungkin anda tidak tahu semua jenis alat pembunuh @ penghalau nyamuk mengandungi bahan kimia merbahaya.. swedangkan nyamuk boleh mati, ini kan pula anda yang setiap hari menghidu ubat nyamuk atau penyembur nyamuk.

Disini ada beberapa tip mudah dan murah untuk memerangkap serta membunuh nyamuk dirumah:



Peralatan yang diperlukan :

- 200 ml air- 50 gram gula merah
- 1 gram ragi (beli di kedai ubat, kedai runcit dan pasar)
- botol plastik 1.5 liter
Langkah-langkah pembuatan

1. Potong botol plastik di tengah. Simpan bahagian atas / mulut botol.

2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga dingin dan kemudian tuangkan di separuh di bahagian potongan bawah botol.

3. Tambahkan ragi. Awas!! Jangan digaul.Ini kerana ia akan menghasilkan karbon-dioksida.

4. Pasang / masukkan potongan botol bahagian atas dengan kedudukan terbalik seperti corong.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali bagian atas, dan diletakkan di beberapa bahagian sudut rumah Anda.

Dalam dua minggu, Anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol.

Selain membersihkan habitat mereka dan tempat berkembang biaknya nyamuk, kita dapat menggunakan kaedah ini di sekolah-sekolah, klinik / hospital dan rumah persendirian.
SELAMAT MENCUBA..

Rabbani - Pergi Tak Kembali


perasaan sebak mula menguasai diri tatkala mendengar berita kematian seorang kawan yang lahiriahnyer nampak sihat tetapi merupakan seorang penghidap lung cancer!..Selama 2 bulan tidak ketemu beliau..dan pagi nih dikejutkan dengan berita peninggalan arwah yang dikhabarkan oleh salah seorang kawan rapat beliau..Rasa macam kurang percaya di dalam usia muda dan gaya lincah bersahaja beliau disahkan menghidapi penyakit ini..Padanlah selalu x nampak semenjak dua menjak nih...rupanyer..Dia merupakan student DPK,dekat kolej tempat sayer bekerja...selalu ditegur oleh kawan-kawannyer supaya jgn skip makan ubat.

Sayer yang memang tidak mengetahui yang dia tu sakit tidak menjangkakan apa-apa...sampailah sekarang nih agak sukar untuk menerima berita kematiannya..especially yang duduk  sebilik dengan dia dah tentu berasa kehilangan beliau.kawan serumah dia datang berjumpa dengan sayer menceritakan kejadian itu,dan macam-macam soalan sayer ajukan..sudah terlambat beliau tidak sempat melakukan operation dan telah meninggal semasa di bilik pembedahn IJN..sayer cuba menahan untuk tidak menangis..kerana sayer duk jaga depan kaunter,cuba menahan emosi..."kang menangis kat cni,abes duk kene hurung dengan student plak,"Menangis dalam hati saja,getus hati kecilku...mengambil kata putus...:(

Setiap bulan wajahnyer akan terpacul dulu untuk berjumpa dgn sayer untuk membayar sewa rumah,dia macam biasa mendahului yang lain,dari jauh lagi tersenyum...tapi kali nih tidak lagi....sayer tidak berkesempatan untuk menghadiri pengkebumian jenazah beliau disebabkan faktor jauh nun di terengganu.sinun...Sedekahkan AL-FATIHAH kepada beliau semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin..

Thursday, 12 July 2012

Subhanallah! Air Liur Bayi Bertukar Jadi Kristal

kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur

Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal. Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.
Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.
Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.

 Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.
“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.
Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.

air liur kristal baby comel


“Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.
Kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Selepas berita ini tersebar sudah semestinya bayi ini sering menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihatnya secara dekat. Mungkin tidak hairan jika ada yang sanggup membeli bayi ini sedangkan penemuan pelik yang lain turut ramai yang menawarkan harga.









Redha Allah Atau Redha Manusia?


Sudah menjadi lumrah apabila manusia sentiasa hendak dilihat menarik dan menjaga adab mereka walau di mana mereka berada di hadapan orang sekeliling. Kalau boleh semuanya ingin nampak sempurna dan terbaik. Dari segala aspek hidup, manusia akan menjaga tingkah laku sebaik-baiknya demi menjaga nama baik dan maruah seperti di majlis keramaian, di pejabat, majlis berbentuk protokol.
Manusia mengaplikasikan peraturan yang dicipta manusia sendiri, tetapi malangnya manusia lalai dalam mengaplikasikan peraturan yang hakiki yang dicipta oleh Yang Hakiki iaitu Allah SWT. Manusia lupa bahawa mematuhi peraturan sebenarnya yang akan dihitung, ditimbang dan dinilai di akhirat kelak berdasarkan amalan dan tingkah laku sehari-hari adalah 'standard' yang. Dan 'standard' inilah yang perlu dijaga sebaik-baiknya.

Menjaga 'standard' di pejabat

Kebanyakan pekerja sememangnya menjaga nama baik, sama ada nama baik diri, kumpulan mahupun jabatan. Waktu rehat pejabat secara umumnya adalah pada pukul 1 petang hingga 2 petang bagi pekerja awam dan swasta. Kebanyakan pekerja yang sentiasa mengikut peraturan akan keluar rehat pada pukul 1 tepat untuk melepak bersama kawan-kawan dan berborak sehingga hampir pukul 2 petang. Selepas itu, masuk semula ke pejabat pada pukul 2 petang, pekerja tersebut belum lagi solat walaupun waktu solat Zuhur sudah masuk.
'Eh.. dah pukul 2.00 lah. Aku naik pejabat dululah, tunjuk muka dulu, nanti turun ke surau untuk solat'.
 Sampai begitu sekali kah kita menjaga 'standard' di hadapan manusia? Sehinggakan kita mengabaikan tahap 'standard' yang sepatutnya kita jaga di hadapan Allah.
Abdullah bin Mas'ud telah bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Apakah amalan yg paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah SAW: "Solat dengan menjaga waktunya.".
(Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih no.2782]).
Astaghfirullahala'zim.. Kita sanggup melewat-lewatkan solat hanya kerana tidak sanggup mendengar orang mengata kita. Kita sanggup mengabaikan 'pertemuan dengan Kekasih' kita, mengutamakan pertemuan dengan manusia

Menjaga 'standard' di majlis keramaian

'Nanti aku nak beli baju baru berwarna merah dan hitam sebab konsep tema Makan Malam Tahunan kolej kita adalah warna hitam dan merah kan.."
'Alah..pakai sahaja baju yang kau ada, makan malam tu sekejap sahaja, jangan membazir..'
'Mana boleh, nanti orang akan pandang aku pelik dan mesti orang akan mengutuk aku sebab aku tak ikut tema'.

Betulkah fenomena seperti di atas selalu sahaja terjadi kepada kita? Astaghfirullahala'zim..
Selalu sahaja kita ingin mengejar peraturan yang dicipta manusia sendiri. Jika boleh, sebaik-baiknya kita hendak dilihat mengikut keseragaman dan sempurna di mata manusia. Tetapi kita lupa dan lalai bahawa Allah sudah menetapkan peraturan berpakaian yang sepatutnya bagi kaum Hawa dan Adam. Lantas, kita berlebih-lebihan, tidak menutup aurat dan menunjuk-nunjuk asbab ingin lebih mulia di sudut pandangan manusia.
Tidak salah hendak mengikut tema sesuatu majlis selagimana tidak lupa pada peraturan hakiki yang sebenar-benarnya. Namun, hakikatnya ramai manusia lebih memilih untuk menjaga 'standard' di hadapan manusia lain, sehingga tidak hairan lah ada yang lebih selesa berpakaian tidak menutup aurat sebaik-baiknya. Malah ada yang berpakaian tetapi singkat dan jarang. Hanya kerana tidak mahu dikatakan kolot dan tidak mengikut trend dan fesyen.


Kita berlumba-luma untuk kelihatan anggun dan cantik di hadapan manusia. Tetapi kita selekeh dan comot sekali di hadapan Allah. Tidak sedarkah kita?
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya Rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya Rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain".
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).
Sesungguhnya kita hendak sahaja mengelakkan orang berprasangka buruk kepada kita, kerana itu dalam segala aspek kita hendak menjaga 'standard' di hadapan manusia, tetapi kita langsung tidak takut dan malu pada pandangan Allah SWT terhadap kita.
Kita lebih mencari kecintaan manusia lain berbanding kecintaan kepada Allah SWT kepada kita.
Kita lebih inginkan kemuliaan manusia daripada kemuliaan Allah SWT kepada kita.
Kita meraih redhanya manusia daripada redhanya Allah SWT sehingga sanggup mengenepikan hak Allah dengan melanggar perintah dan suruhanNya hanya kerana ingin menunaikan haknya manusia. Teringat suatu ketika Mu'awiyah meminta wasiat kepada isteri Baginda SAW iaitu Aisyah r.anha  lalu 'Aisyah menulis seperti yang pernah disebutkan oleh Baginda SAW yang bermaksud:-
"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah sedangkan manusia murka, maka Allah akan cukupkan baginya akan segalanya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya pada manusia."
(Hadis Sahih Riwayat At-Tirmizi).
Justeru, manakah yang lebih baik? Yang lebih mulia? Yang lebih tinggi ? Redhanya manusia atau redhaNya Allah.. Lalu mengapa terlalu menjaga 'Standard' di Hadapan Manusia – Kenapa Tidak Kerana Allah?
Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan menjadi yang terbaik di hadapan Allah.  Jom 'Menjaga 'Standard' di hadapan Allah sebagai langkah ke Syurga'! ^_^ InsyaAllah.







Kejarlah Ilmu Datanglah Cinta!

"Ibu dulu..kalau nak beli buku, simpan duit sikit-sikit. Sebab tahu ibu susah..."
Saya mendengar lagi.
"Kalau dulu masa nak cari kerja, kayuh basikal pergi Pustaka Awam nak baca surat khabar. Cari jawatan kosong,"
"Ye ke, Ibu. Susahnya dulu..." Saya menjawab tanda setia mendengar cerita ibu
"Lepas tu Ibu ada dapat temuduga. Dan temuduga lagi. Tapi tak ada rezeki dapat kerja. Akhirnya, temuduga sekali tu, jumpa Abah. Last-last Ibu kahwin dengan Abah,"
"ok lah tu..Ibu cari kerja tapi dapat Abah.."
Gelak ketawa dua beranak pecah di meja makan.
***
Statistik anak luar nikah semakin meningkat dan isu dumping babies tiada berkesudahan. Budaya hedonism, berhibur secara berlebihan menyerap ke dalam minda dan gaya hidup remaja kini. Solat hanya sekadar ritual yang tiada mampu memberi kesan terhadap akhlak. Masalah sosial yang membimbangkan makin menakutkan kerana mudahnya menelusuri jaringan sosial. Just one click. Click!
Dan  tenggelam dalam cinta manusiawi,  kini bukan suatu yang menghairankan andai adik-adik yang masih bersekolah rendah juga punya 'pakwe' dan 'makwe'. Bukan sesuatu yang asing antara remaja lelaki dan perempuan yang bersekolah menengah membahasakan diri sebagai 'papa' dan 'mama'. Seronokkah dilamun cinta?
Sewaktu bunga-bunga tersenyum indah dan mekar di taman, agaknya mungkin itu yang dikatakan suatu kelebihan. Kelihatan bahagia saat meng update status Facebook meluah cinta.
"I love u, sayang...".
"kau satu dalam sejuta...".
"dulu, kini dan selamanya kau di hati...".
Bikin hati senang. Namun senang itu tenangkah?
aku chenta padamu...biar satu world tao..

 **
'Hai awak, boleh kita kenal?'
Pernah menerima pesanan daripada seseorang yang tidak dikenali. "Hai, boleh berkenalan?" merupakan trademark biasa si kumbang mahu memikat bunga. Usah cepat melatah. Kerana perempuan ini memang dikenali sebagai makhluk yang mudah perasan. Benar bukan? Itu juga salah satu punca. Ini juga satu masalah andai mudah membuka ruang. Kerana tiada mungkin tepukan akan berbunyi andai tiada yang menyambutnya.
Pesan kakak untuk adik Hawa kecil yang disayangi, kita usah cepat perasan dan melatah. Bimbang andainya akan terjatuh ke dalam lubang yang gelap dan dalam. Sukar untuk kembali..
Dalam tenang cuba menyelidik. Ternyata seorang lelaki yang berpangkat adik, masih bersekolah. Tiada mengetahui perkataan apa yang harus diutarakan. Hanya mampu menggelengkan kepala. Tersenyum lucu dalam kehampaan. Sedih...Mengapa begini...
Pesan kakak duhai adik Adam kecil yang dikasihi, kalau ingin berkenalan, mari kenal kakak. Adik belum lihat singa yang berjilbab. Usah takut...kakak hanya menyinga dalam jasad arnab... (senyum)
***
"Adik tahu tak yang kematangan dan matlamat itu penting?"
"Kenapa penting, kak?"
"Penting kerana... andai diri matang, apabila ada yang mahu mengurat, pastinya tidak akan dilayan. Sebab orang yang matang ini tahu apa yang terbaik buat diri. Orang yang matang ini tahu apa yang dia hennak dalam hidup. Cinta Allah didamba. Pelajaran lebih utama. Pesanan ibu dan bapa sentiasa terngiang di telinga. Belajar dahulu...usah dilayan cinta monyet"
Dush!
"Kalau matlamat pula?"
"Itu pun penting kerana manusia yang bermatlamat itu seorang yang berpandangan jauh. Apabila mengetahui apa yang seharusnya dikejar buat masa sekarang, akan sengaja dicicirkan perkara yang tidak perlu. Kerana apa? Kerana mereka yang punya matlamat tidak akan mensia-siakan masa yang terluang dengan perkara yang tiada memberi manfaat. Apatah lagi sewaktu minda masih cerdas dan tubuh masih cergas. Tidak akan membazirkan waktu memikirkan perkara yang tidak sepatutnya. Tidak akan melalaikan hati dengan cinta yang tiada mempunyai arah. Jadilah manusia mukmin yang bertaqwa. Mereka banyak berfikir untuk dunia yang abadi dan meninggalkan perkara yang sia-sia. Banyakkanlah berfikir yang boleh menambah iman. Bukankah kita manusia yang dikurniakan akal oleh Allah untuk berfikir,"
Dush!
"Jadi kak, macam mana nak jadi orang yang matang dan punya matlamat ni?"
"Dengan ilmu sayang.. "

***
Kerana itu duhai adik yang kakak sayangi... fokuslah pada tuntutan ilmu terlebih dahulu...
Kerana dengan ilmu sahaja bisa memandu diri memilih haluan yang benar.
Kerana dengan ilmu sahaja bisa memberi cahaya buat diri melalui titian yang betul.
Kerana dengan ilmu bisa menambahkan kecintaan terhadap Dia Rab Sekalian Alam.
Apabila berilmu, diri akan mengetahui syariat yang digariskan oleh Allah. Apabila berilmu, mengetahui bezanya antara yang hak dan yang batil.
"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
Selak Al-Quran, surah Az-Zumar ayat 9.
Apakah sama orang yang berilmu dan tidak berilmu?
Semestinya tidak, sayang...
Kerana orang yang berilmu takut berpegangan tangan dengan dia yang bukan mahram.
Kerana orang yang berilmu takut andai hati makin kotor kerana jauh dari sinar-Nya.
Kerana orang yang berilmu takut melakukan maksiat kerana tahu Allah itu Maha Melihat.
Kerana orang yang berilmu takut andai usia yang ada hanya terbuang begitu sahaja dan tiada manfaat kepada penambahan amalan.
Itu dia. Ilmu mewujudkan perasaan khauf. Takut kepada Allah.
***
Saat ilmu dituntut, usah biar cinta melutut.
"Tapi kak, ada kawan saya, couple pun, result gempak apa,"
"Result gempak itu adakah kerana si dia yang mendoakan? Kakak pasti itu kerana doa si ibu yang makbul. Dan kakak yakin si dia hanya mengajar cara bertasbih dengan handphone"
Sudah menjadi sunnatullah, hasil berbuah apabila ada usahanya terlebih dahulu. Mungkin kerana si dia pemberi semangat, diri berkobar-kobar dan berbunganya hati sewaktu melangkah masuk pintu pagar sekolah. Mungkin kerana si dia yang tulus menunjukkan kasih, diri setia memberi sayang. Sumber inspirasi kejayaan katanya.
Andai langkahan menuntut ilmu diniatkan kerananya, bagaimana pula dengan Dia?
Andai cinta melutut di celah ilmu yang dituntut hingga mendorong diri menghampiri maksiat, di manakah keberkatannya?
Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan masuk ke dalam hati mereka yang melakukan maksiat. Cahaya Allah tidak akan diberikan kepada mereka yang melakukan maksiat. Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya mengenai hafalan yang terjejas. Gurunya lantas memberi nasihat, "tinggalkan maksiat".
Apabila ilmu tiada keberkatan, 'A' di kertas hanya sebagai teori. 'A' di kertas hanya sekadar huruf. 'A' di kertas itu tiada mampu menjadikan diri lebih takutkan Allah. 'A' di kertas itu tiada mampu menimbulkan perasaan benci kepada maksiat. 'A' di kertas itu tiada mampu menyinarkan hati agar menambahkan ibadah. 'A' hanya tinggal sia-sia tanpa memberi makna.
Maka tidak hairan apabila hafiz dan hafizah juga berzina hingga melahirkan anak di luar perkahwinan yang sah. Ini realiti. Kisah benar.
Naudzubillah! Kami berlindung kepada-Mu ya Allah daripada termakan hasutan syaitan.
"Kenapa kakak nak sibuk, mak ayah saya pun tahu my love siapa... Siap datang rumah lagi,"
Adikku sayang... kita hidup kerana Allah. Allah yang menciptakan kita. Dialah pemilik mutlak hati. Kembara di bumi ini bukan mengikut peraturan dan anggukan ibu bapa saat melihat anak berpegangan tangan tanpa ikatan tetapi mengikut segala apa yang diaturkan Allah. Usah berlaku sombong. Kerana kita hanya hamba dan Dia Pencipta. Benar bukan?
"Memang saya couple, kak...dan malu juga bila orang tahu saya couple...kakak pun tahu..."
Mengapa harus malu dengan manusia sedangkan seharusnya malu itu kepada Allah. Harus malu kerana Dia yang memberi rezeki tetapi dibalas dengan menduakan cinta-Nya. Harus malu kerana Dia yang menghidupkan hati dengan rasa cinta tetapi diletakkan cinta itu pada tempat yang salah! Malah mencemarkan makna cinta yang suci...
Dan namanya kakak, apa yang betul sedayanya cuba kakak coretkan. Apa yang salah semampunya kakak tegur. Namun kasih sayang kakak tetap tiada berkurang. Andai kakak juga menggatal tak bertempat, adik pun boleh tolong tampar kakak apa, kakak cakap pandai sangat... Ok?
***
Akhirnya... Dengan ilmu, ingatilah kematian.
Sungguh kematian itu peringatan yang terbaik. Apabila teringat akan kematian, lenyaplah segala kelazatan.
Apabila mengingati kematian, keseronokan couple hilang begitu sahaja. Cuba adik bayangkan mereka yang bercouple itu akan mula lalai daripada mengingati Allah. Siang malam dihabiskan masa dengan bermesej. Solat hanya sekadar pergerakan. Aurat mula terbuka sedikit demi sedikit. Ibadah tiada pertambahan. Yang ada dalam fikiran hanya dia. Ibu dan ayah menyuruh supaya belajar bersungguh-sungguh namun lihatlah contengan love berpanah pada halaman akhir buku tulis. Nah, angau...
Dan bayangkan pula, sewaktu pulang dari sekolah, mereka yang bercouple berjanji mahu keluar bersiar-siar di bandar ingin memadu kasih. Si Hawa membonceng motosikal si Adam. Belum sempat tiba di destinasi yang dituju, mereka menemui ajal.

Kesimpulan.
Dahulukan ilmu di usia muda. Percayalah cinta sebenar bakal menyusul dengan keizinan-Nya. Tuntutlah ilmu kerana Allah. Tuntutlah ilmu untuk diamalkan bukan hanya sekadar 'A' di kertas untuk dibanggakan. Sentiasa dengar pesanan ibu dan ayah, kelak redha Allah menemani diri dalam menjalani kembara dunia.
Duhai ilmu,
Ke marilah mendekat kepadaku...
Moga cinta-Nya bisa aku kecapi...
Dan saat tiba masa yang sesuai...
Duhai cinta, datanglah menemani!







Wednesday, 11 July 2012

resepi trifle shedap

TRIFFLES
BAHAN-BAHAN
  • 1 bungkus kek swiss roll
  • 1 kotak agar-agar segera (Lady’s Choice) – perisa strawberry
  • 1 tin fruit cocktail
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula
  • 3 cawan susu segar
Cara:
  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
  5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

Keistimewaan bunga ros




AMALAN mandi bersama taburan kelopak dan titisan air bunga ros membantu menenangkan fikiran serta melembutkan kulit badan.


ROS bukan sekadar bunga yang menyampaikan mesej bagi sesebuah hubungan percintaan mahupun persahabatan yang murni. Hakikatnya, bunga ros mempunyai 1,001 keistimewaan dalam kehidupan manusia terutamanya yang berkaitan aspek kecantikan.
Secara ringkasnya, bunga ros kaya dengan pelbagai khasiat dan nutrien yang memberikan kebaikan pada kulit wajah. Sebelum hadirnya produk kosmetik moden di pasaran, kebanyakan individu menggunakan kelopak bunga ros untuk membersihkan wajah.
Caranya cukup mudah. Mereka hanya memetik bunga ros yang segar dan bebas daripada sebarang pencemaran. Kemudian, menggosok kulit wajah dengan menggunakan kelopak bunga ros secara lembut. Dipercayai jus ros yang keluar dari kelopak berkenaan bertindak merawat kulit wajah yang kusam dan memberi kesegaran berpanjangan.
Selain itu, kelopak bunga ros juga didapati melembutkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam yang terdapat pada kulit wajah.
Melembapkan kulit wajah
Rangkaian produk penjagaan wajah Melvita turut mengakui keistimewaan bunga ros yang bertindak mencantikkan kulit wajah. Selain pengambilan air putih yang secukupnya, penggunaan bunga ros dalam rejim penjagaan wajah juga membantu memberi kelembapan berpanjangan.
Buktinya, Melvita hadir dengan koleksi produk terbaharu Rose Nectar yang membantu melembapkan semula kulit wajah yang kering dan dehidrasi. Bukan itu saja, ia juga membantu menyihatkan kulit wajah supaya kekal berseri dan menawan.
Menarik tentang Rose Nectar, ia dihasilkan daripada bunga mawar yang ditemui di beberapa kawasan pergunungan tinggi yang bebas daripada masalah pencemaran. Melvita mendapati mawar asli di kawasan pergunungan kaya dengan ramuan aktif memandangkan kawasan pergunungan sarat dengan sumber nitrogen iaitu mineral yang ditinggalkan salji pada musim sejuk dan merupakan nutrien yang diperlukan pokok bunga untuk tumbuh serta membesar dengan subur.
Antara jenis bunga ros yang digunakan bagi menghasilkan rangkaian produk kecantikan wajah Rose Nectar ialah:
- Bunga ros Centifolia
Ia sejenis bunga ros dari Perancis yang dipercayai tumbuh pada zaman purba. Pihak Melvita mengambil kompleks sel tertentu daripada bahagian daun dan meletakkannya dalam kultur. Sel ini berfungsi mengurangkan kehilangan air dan menyihatkan kulit wajah.
- Bunga ros Musk
Bunga ros liar dari Chile, Afrika Selatan itu kaya dengan Vitamin E dan C. Ini termasuklah asid lemak penting seperti asid linoleik (omega 6) dan asid linolenik (omega 3). Asid lemak tersebut mempunyai ciri pemulihan dalam epidermis kulit wajah.
- Bunga ros Damask
Putik bunga mawar Damask segar dari Lembah Mawar El-Kelaa M'Gouna, Maghribi dipetik pada waktu Subuh berfungsi memberi kesegaran pada kulit wajah.
- Susu biji ros
Susu pokok bunga ros merupakan hasil adunan lembut antara air mawar Damask dan minyak ros hip. Ia kaya dengan fosfolipid dan bertindak sebagai pelindung untuk kulit wajah.
Himpunan produk Rose Nectar boleh dibeli di butik Melvita pada harga antara RM108 hingga RM168.
Mandi bunga ros
Selain itu, bunga ros juga boleh membantu menyegar tubuh badan yang keletihan. Seminggu sekali, amalkan mandian bunga ros yang dicampur bersama aroma terapi bunga ros yang harum. Amalan mandian bunga ros turut mengelakkan kulit badan kering dan bersisik.
Rawatan kuku kaki dan tangan
Bukan itu saja, kebanyakan perunding kecantikan menyifatkan amalan merendamkan tangan dan kaki selama 15 minit di dalam bekas air suam bersama titisan air ros membantu mencerah dan menghilangkan keletihan pada anggota badan berkenaan.
Fesyen warna ros
Bagi golongan wanita yang kurang gemar bersolek, sekurang-kurangnya oleskan gincu bibir bagi mengelakkan wajah tampak pucat. Selain mencalit lipstik warna ros merah jambu, sesekali cubalah tampil berani dengan gincu bibir rona ros merah terang.
Jika inginkan penampilan yang feminin dan comel, jangan lepaskan peluang untuk menyarungkan busana mahupun sepatu yang berasaskan warna merah jambu lembut.